“Jangan sampai beruk tu kokak kepala kau” – Individu Dikecam Rantai Monyet Dalam Kereta, Biar Berpanas Bawah Matahari

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mentang-mentanglah haiwan tak berakal, janganlah kita sebagai khalifah kat bumi ini buat ikut suka hati sampai menyeksa haiwan tersebut. Mereka juga seperti kita, ada hati dan perasaan serta berdosa besar tau kalau menganiaya haiwan!

Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang netizen berkongsi kisah penganiayaan yang dilakukan seorang individu terhadap haiwan iaitu monyet. 

 

“Ketika keluarga ini sedang makan tengah hari, monyet tersebut telah dirantai di kereta bawah panas matahari…”

Menurut netizen terbabit, gambar yang diambil oleh rakannya beberapa hari lepas sangat menyentuh hati apabila seekor monyet dilihat sedang duduk bertenggek di tepi cermin kereta akibat lehernya yang telah dirantai dekat kenderaan tersebut. 

Lebih menyedihkan, monyet tu dibiarkan macam tu je tanpa belas kasihan, di bawah sinaran matahari panas menyengat. Faham-fahamlah cuaca bahang panas sekarang macam mana kan! Allah… 

Sumber: Twitter

 

“Kawan i kena sound balik dengan owner bila dia tegur” 

Sungguhpun laporan polis telah dibuat, rakan netizen sempat menegur perbuatan terkutuk pemilik monyet tersebut kerana tidak berperikemanusiaan. Namun teguran tu tak diendahkan. Siap dia kena sound balik pulak tu!

Sumber: Twitter

 

“Kau jangan bila beruk tu dah besar esok-esok dia kokak kepala kau pakai taring dia tu. Awas!” 

Rata-rata netizen memang mengecam habis tindakan pemilik monyet tersebut yang dirasakan tidak bertimbang rasa langsung. Ini dah kira kes penganiayaan pada haiwan tau. Cuba kalau orang buat kita macam tu, mesti rasa terseksa kan? Sama lah juga dengan haiwan.

Sumber: Twitter

Jadilah manusia yang penyayang pada haiwan. Tak rugi pun. Malah dapat lagi banyak pahala tau! 

Baca: “Bangs*tnya perangai” – Netizen Bengang Budak Pijak Anak Kucing Sampai Mati, Si Ibu Siap Kuis Pakai Kaki

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!