“Bangs*tnya perangai…”- Netizen Bengang Budak Pijak Anak Kucing Sampai Mati, Si Ibu Siap Kuis Pakai Kaki

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



“Anak beranak sama je perangai…”

Itu ayat yang sesuai untuk menggambarkan tindakan yang dilakukan si anak dan ibu terhadap seekor anak kucing sehingga menyebabkan kematian kucing tersebut.

Menerusi video berdurasi 1 minit yang tular di media sosial, menunjukkan seorang kanak-kanak telah memijak seekor anak kucing sehingga menyebabkan kematian..what the!! Haishh kan anak kucing tu

Namun apa yang membuatkan netizen begitu marah apabila menerusi rakaman kamera litar tertutup itu, si ibu hanya memandang perlakuan anak lelakinya itu tanpa sebarang tindakan.

Malah wanita tersebut bertindak menguis kucing tersebut menggunakan kaki ketika kucing itu dalam nyawa-nyawa ikan.

Kejam! Anak Pijak Kucing Sampai Mati, Ibu Kuis Dengan Kaki

#onenews KEJAM! Begitulah yang boleh digambarkan mengenai insiden seekor anak kucing yang mati dipijak seorang kanak-kanak, menerusi video yang tular di media sosial ini.Kejadian ini dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah pangsapuri di Bandar Kinrara Puchong, Selangor pada 27 November lalu dan tular sejak Sabtu lalu.Lebih membangkitkan kemarahan netizen adalah perlakuan itu hanya dipandang ringan seorang wanita dipercayai ibu kanak-kanak terbabit yang turut menyaksikan kejadian tersebut.Dia hanya menguis anak kucing terbabit menggunakan kaki tanpa sebarang belas kasihan untuk menyelamatkannya.Teguran penduduk terhadap wanita itu pula dibalas dengan maki hamun.Beberapa penduduk yang prihatin membawanya ke klinik namun doktor mengesahkan kucing malang itu telahpun mati akibat patah tengkuk.

Posted by 1NEWS on Sunday, December 23, 2018

Menurut mStar Online, Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika ketika dihubungi pada Ahad berkata dia cukup kesal dengan tindakan kanak-kanak tersebut yang difikirkan boleh membezakan antara baik dan buruk.

“Saya kesal dengan tindakan kanak-kanak yang mungkin berusia di bawah 12 tahun itu, tetapi pada usia sebegitu, saya pasti dia boleh membezakan antara baik dan buruk.”

“Tapi melihat keadaan ibu pelaku yang hanya membiarkan kucing itu selepas dipijak bagaikan tiada perasaan sehingga hampir mati, mungkin itulah yang dapat digambarkan pemikiran dan didikan terhadap anaknya,”

Persatuan tersebut turut memaklumkan bahawa anak kucing itu mati akibat patah tengkuk selepas diperlakukan dengan kejam kanak-kanak lelaki tersebut..mau tak patah, lepas kena hentak.

Sumber : Facebook

Kejadian kejam tersebut dipercayai berlaku di hadapan lif di sebuah blok di Pangsapuri Enggang, Bandar Kinrara, di Puchong, 27 November lalu.

Menurut sumber, pelaku dan ibunya merupakan penduduk yang mendiami kawasan yang sama tetapi tinggal di blok berlainan.

Arie berkata kepada mStar, penduduk yang prihatin dengan nasib kucing malang tersebut telah membawa anak kucing itu ke klinik veterinar bagi mendapatkan rawatan tapi malangnya doktor mengesahkan kucing tersebut telah pun mati.

Kena maki lepas tegur…

Katanya, lebih mendukacitakan apabila teguran penduduk di kawasan tersebut kepada ibu kanak-kanak lelaki itu, dibalas dengan maki hamun.

Sumber : Facebook

“Sudahlah tak tolong selamatkan kucing itu, penduduk dimarahi pula. Si ibu nampaknya membiarkan kelakuan kejam yang dibuat anaknya, tanpa belas kasihan.”

“Sebagai ibu bapa, mereka sepatutnya menjadi contoh yang baik dan memberi pengajaran yang berguna kepada anak-anak dengan bersikap bertimbang rasa dan penyayang.”

Arie memaklumkan, pihaknya telah menghantar laporan berhubung kejadian yang tular itu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar semalam.

“Kita berharap pihak jabatan dapat menyiasat perkara ini dan mendapatkan maklumat berkaitan daripada persatuan kerana kes penganiyaan terhadap haiwan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015.”

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut jelas kecewa dan marah dengan tindakan anak beranak tersebut.

Kalau anak saya, pelempang makan dia….

Nak kedua-dua mereka ditangkap!

Lentur buluh biar dari rebungnya…

Jangan buat haiwan macam kayuuuu!!!

Sumber : Facebook

Kes keganasan terhadap haiwan…

Tahun ini saja menyaksikan lebih 300 aduan membabitkan penganiayaan dan pengabaian terhadap haiwan, yang diterima persatuan itu daripada orang ramai.

Ia merupakan kejadian keganasan terhadap kucing yang terbaru, susulan insiden sekumpulan lelaki bertindak memasukkan seekor kucing bunting ke dalam mesin pengering pakaian di sebuah kedai dobi layan diri di Gombak, Selangor pada September lalu.

Antaranya kejadian lain:

1. Penggantungan kucing sehingga mati yang dilakukan oleh seorang lelaki berketurunan India di hadapan rumahnya di Pangsapuri Rebana, Bandar Bukit Tinggi Klang Selangor pada Jun 2018 – Kes belum didakwa dan pelaku masih bebas.

2. Pembunuhan seekor kucing betina bunting dengan cara memasukkan kedalam mesin pengering dobi oleh 4 lelaki berketurunan India di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria Selangor. – Kes belum dapat dihukum sehingga sekarang. 3 pelaku dibebaskan.

3. Pembunuhan seekor anak kucing dengan cara memijak lehernya sehingga mati dilakukan oleh seorang kanak-kanak India sehingga mati dan disaksikan oleh ibunya sendiri tanpa si ibu berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya dan hanya diselamatkan penduduk yang lain. – Kes dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Masyarakat Malaysia sudah parah!

Tapi bila tengok balik video, admin nampak yang emak kanak-kanak itu macam takut kucing dan dia dah pun tegur anaknya..wallahualam

Baca : Siapa yang binatang sekarang ni? Tak Ada Hati Perut, Selamba Campak Kucing Jiran Dari Tingkat 16

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.