in

Lepas Sulli & Goo Hara, Bintang ‘Baru’ K-pop, Cha In Ha Pula Ditemui Mati

Kpop2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tahun 2019 boleh dikatakan tahun yang mendukacitakan buat industri hiburan Korea, sebelum ini Sulli, kemudian rakan baiknya pula Goo Ha Ra dan terbaru ini bintang K-pop yang baru sahaja mengukir namanya iaitu Cha In Ha.


Kematian ketiga-tiga idola K-pop ini sudah semestinya memberikan impak kepada peminat-peminatnya termasuklah di Malaysia ni.

Menurut Koreaboo, anggota kumpulan Surprise U ini ditemui mati pada waktu tengah hari, 3 Disember 2019.

 

Masih baru dalam industri K-pop

View this post on Instagram

읏챠!!!!!!!!!!!!!!

A post shared by 차인하 (@chainha_715) on

Bagaimanapun punca kematian pelakon dan penyanyi ini masih belum dikenal pasti, menerusi kenyataan agensi naungannya Fantagio, mereka ada terima laporan ini dan sedang melakukan siasatan.

Kematian bintang K-pop 27 tahun sudah semestinya mengejutkan peminat-peminatnya kerana Cha ini boleh dikatakan baru sahaja berkecimpung dalam industri hiburan, namanya mula meningkat naik selepas membintangi filem You, Deep Inside of Me  tahun 2017.

Selain menganggotai kumpulan Surprise U, dia juga banyak membintangi K-Drama seperti Temperature of Love, Wok of Love, Clean with Passion for Now, dan The Banker. 

View this post on Instagram

홍쥬쓰

A post shared by 차인하 (@chainha_715) on

Cha sepatutnya bakal membintangi drama terbaru terbitan MBC production iaitu Love With Flaws bersama pelakon lain seperti Ahn Jae Hyun dan Oh Yeon Seo.

Netizen dari Korea begitu terkejut kerana ramai artis meninggal dunia dalam masa terdekat. Mereka harapkan yang tiada kes kematian dalam kalangan artis lepas ni.

Andaikata kematian dia ni sama kes macam Sulli dan Goo Hara sebab depression, harap pihak-pihak pengurusan di sana dapat lah faham.

 

Baca : “Dulu Sulli, sekarang Goo Hara” – Hilang 2 Sahabat Dalam Setahun, Peminat Kini Risau Keadaan Pelakon Hotel Del Luna, IU

Goohara

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.