Sejak akhir-akhir ini makin galak pulak penjualan pil-pil yang tak mendapat kelulusan KKM untuk kegunaan peribadi. Kalau pil kurus pun bahaya, apatah lagi pil menggugurkan kandungan yang boleh membawa kematian!
Menerusi perkongsian di Twitter dari Dr. Izzat, beliau telah menceritakan pengalaman berhadapan dengan patient yang dilaporkan hampir maut gara-gara ambil pil gugur sesuka hati. Ini apa yang dikongsikannya.
“Asalnya pesakit datang sebab sakit perut teramat sangat, period tak datang 3 bulan dah”
“Saya sempat lah buat pregnancy test… POSITIF doktor! Lagilah melompat saya”
Rupanya mengandung anak luar nikah… sebab tu makan pil gugur kehamilan!
Setelah diperiksa Dr Izzat, wanita tadi pun dah tak boleh nak menipu lagi sebab keadaannya makin memburuk. Akhirnya dia mengaku ambil pil gugur sebab mengandung anak luar nikah walaupun dah berkahwin. Bahayanyaaa!
“Jangan risau dik, sis dah cuba dah… dijamin 200% keluar punya. Tapi rupanya Rina tak boleh guna pil ni sebab…”
Pil gugur tersebut rupanya ada kesan buruk pada tubuh mangsa kerana dia sebelum ni pernah buat pembedahan caesarean dan kemungkinan rahim boleh pecah. Aduii!
Allahuuu bahaya sungguh kalau pakai ubat tanpa saranan doktor yang bertauliah. Dah buat dosa berzina sepasal, lepas tu bahayakan diri pulak dengan ambil pil gugur.
Macam manapun, Dr Izzat melalui tweetnya masih belum maklumkan keadaan semasa gadis tersebut sama ada sihat atau sebaliknya. Moga-moga ‘Rina’ yang dimaksudkan tu baik-baik saja dan diberi kesempatan untuk berubah. Amin…
Baca: Hati-hati! Wanita Kesal Pakai Krim Timbang Kilo Ini Lepas Kandungan Gugur