in

Jangan Pandang Remeh! Selalu Check-In Antara Punca Kes Jenayah Berlaku

Robber

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seringkali kita dengar atau baca berita mengenai kes rompakan, rogol, samun dan sebagainya berlaku di sesebuah kawasan. Apa yang akan dibangkitkan sudah semestinya kawalan keselamatan yang longgar atau kekerapan rondaan polis di kawasan tersebut.


Namun, pernahkah anda terfikir kejadian sebegitu juga berlaku dari kesilapan kita sendiri seperti sikap memandang ringan dan sambil lewa tentang bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Jadi, kali ini admin nak kongsikan beberapa tips keselamatan di Facebook kepada anda semua, terutamanya wanita. Perkara begini bukan lah sesuatu yang patut dipandang ringan.

Image Result For This Is Very Serious Gif

1. Kurangkan Selfie

Ya, selfie is a must! Bukan ingin melarang untuk selfie tapi apa yang dimaksudkan adalah kurangkan post selfie di media sosial. Siapa tahu ada mata yang memerhatikan anda, mungkin juga ada yang menyimpan perasaan terhadap anda. Jika mereka sudah jatuh hati, tidak mustahil mereka akan imagine untuk ‘bersama’ atau memiliki anda. Jangan pandang remeh dengan hal ini!

 

2. Jangan ‘check-in’ ketika anda di rumah

Ini PALING bahaya! Janganlah sampai nak beritahu semua di mana anda tinggal. Sampaikan keluar alamat, bila-bila masa orang yang memang sudah lama nak buat jahat pada anda boleh datang tau!

 

3. Jangan post status menyatakan anda keseorangan di rumah

Facebook memang tempat kita untuk berkongsi, tetapi bukan kongsi perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh : “Hari ni masak simple je sebab makan sorang. Husband outstation

Status sebegitu memang akan menarik minat si penjahat untuk datang melakukan sesuatu kepada anda. Lebih-lebih lagi jika dia/mereka tahu anda sedang berseorangan di rumah dan sudah lama memerhatikan gerak geri anda.

Ezgif.com Acf4370697

 

4. Jangan post nombor plat kereta

Kadang-kadang bukan nak menunjuk nombor plat kereta, tetapi anda tangkap gambar di kereta dan update di Facebook tanpa censored kan nombor plat anda. Daripada nombor plat itu sahaja, semua maklumat peribadi anda boleh didapati dengan begitu mudah sekali. Tak ke bahaya tu?

 

5. Tak perlu check-in ke semua tempat yang anda pergi

Pergi office nak check in, pergi lunch kedai mamak check in. habis kerja isi minyak, check in. On the way balik rumah check in highway. Nak dekat sampai rumah check in simpang depan ‘almost there’. Sampai je rumah, bukan fikir nak tutup pagar dulu. Tapi check in dulu yang diutamakan. “HOME SWEET HOME”

Image Result For Please Don't Gif

 

6. Hadkan apa yang perlu di kongsi di Facebook

Tak perlu nak beritahu semua benda tentang diri anda. Tak perlu beritahu anda baru lepas beli barang kemas. Tak perlu beritahu anda dapat bonus RM10ribu. Walaupun anda tiada niat nak bermegah atau menunjukkan kemewahan, tetapi elok lah merendah diri. Apa apa yang anda rasa nak share, fikir kan dulu baik buruknya. Ada perkara yang kita perlu ‘keep it to ourselves’.

 

7. Pasang CCTV dan auto gate

At least kalau berlaku apa apa, mungkin rakaman cctv boleh membantu pihak polis untuk tangkap si penjahat. Kalau pasang auto gate, bila masuk je kereta dalam pagar terus tekan remote. Sambil tu boleh check-in dulu. Hah!

Image Result For Cctv Show House Garage
gambar hiasan
Image Result For Cctv Show House Garage
gambar hiasan

 

8. Letakkan kunci kereta berdekatan dengan anda ketika tidur

Kalau rasa ada something wrong atau nampak perompak masuk pagar boleh terus bunyikan alarm. Selain dapat mengejutkan jiran-jiran (harap-harap jiran tak tidur mati lah kan) , ia juga mungkin akan buat perompak gelabah sebab terkejut dengar bunyi alarm.

Rompak1

Rompak2

Gambar yang dikongsi ini adalah dari kes benar. Kes rompak, rogol dan bunuh di Muar, Johor. Walaubagaimana pun, tips ini tidaklah hanya merujuk kepada kes ini semata-mata. Pokok pangkalnya, tips ini adalah untuk kita semua berwaspada. Jangan disebabkan anda obses dan taksub dengan media sosial, sampai membawa kepada kes-kes sebegini.

Mungkin tips ini dapat selamatkan anda, keluarga anda atau kanak-kanak serta wanita di luar sana daripada menjadi mangsa jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.