Perkataan #BoycottMalaysia menjadi trending di Twitter membuatkan ramai warganet yang tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Menurut Sinar Harian, rata-rata netizen di India rupa-rupanya telah melancarkan kempen #BoycottMalaysia sehingga mendapat reaksi dari rakyat negara ini yang terus mempertahankan Malaysia.
Semuanya bermula lepas Tun Mahathir beri kenyataan
Difahamkan, kempen tercipta sebaik saja Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kenyataan yang menyentuh isu Jammu dan Kashmir. Kenyataan itu diberikan ketika di Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke-74.
Menurut Tun Mahathir, walaupun sudah adanya resolusi PBB tetapi dua wilayah itu telah ditawan dan diduduki.
“Mungkin ada sebab untuk tindakan ini tetapi ia tetap salah.”
Oleh itu, beliau ketika memberi ucapan menegaskan bahawa masalah itu haruslah diselesaikan secara aman.
Seru India bekerjasama dengan Pakistan
Beliau juga turut menyeru India agar bekerjasama dengan Pakistan untuk selesaikan isu berkenaan serta memberi peringatan bahawa ketidakpatuhan resolusi PBB akan membawa kepada pengabaian bentuk lain kepada PBB.
"Jammu & Kashmir has been invaded & occupied by India," says Malaysian PM Mahathir Mohamad at #UNGA.
#ImranKhanVoiceOfKashmir pic.twitter.com/4RgYhD2TOG
— H.H. Mona bint Fahd al Said ?? (@SayyidaMona) September 28, 2019
India tak mahu negara lain masuk campur
Kenyataan Tun Mahathir telah menimbulkan kemarahan rakyat India kerana menurut mereka, Kashmir mempunyai kepentingan untuk negara itu dan mana-mana negara lain di dunia ini tiada hak untuk campur tangan dengan kedaulatan India.
Bukan tu je, ada segelintir yang turut menyebarkan propaganda untuk mengajak rakyat-rakyat di India untuk tidak melancong ke Malaysia.
Simply #BoycottMalaysia. If it isn’t urgent, don’t travel there. Avoid trade. With this bigoted and uninformed man heading it, it is a hostile State. https://t.co/W6ikikobDT
— Abhijit Majumder (@abhijitmajumder) September 29, 2019
Shameless @chedetofficial finally shown your true colors.
I urge each and every Patriot Indian to #BoycottMalaysia .
The Shameless PM of this country is openly supporting Pakistan.
Going to boycott @AirAsia
Boycott Each and every thing related to #Malaysia #BoycottMalaysia— रुपेश राजपूत ???? (@Rajpoot_Roopesh) September 29, 2019
Netizen mempertahankan Malaysia
Ramai netizen di media sosial yang menyokong dan mempertahankan Tun Mahathir. Mereka turut memberi pendapat masing-masing di Twitter terutamanya berkenaan isu #BoycottMalaysia ini.
“Hanya kerana Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian kepada negara India dan timbul #BoycottMalaysia hanya kerana isu itu? Ini soal kemanusiaan… “
When i read about #BoycottMalaysia thread, the India is literally sick. We just said what they done to Kashmir and wanna boycott us? What is going on ????
— madnor #stayathomecb (@maadnor) September 30, 2019
Haha it’s trending #BoycottMalaysia ?? India really have to calm down. Why do you feel offended when what Tun said was right? Boycott Malaysia all the way you want but pls tell us abt the fate of thousands of kashmiris in the jails. This is not abt country, it’s abt humanity.
— احمد (@AhmadFikir) October 1, 2019