in

“Jangan lari sangat dik, Perlis bukan besar sangat” – Netizen Cari 3 Budak Lelaki, Buli & Curi Telefon Bapa Mangsa Masa Dalam Masjid

allahu dik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru kecoh semalam kes sekumpulan remaja ‘kena kutip’ dengan penduduk kampung kerana membuli seorang warga emas di Sijangkang, haa ini muncul cerita viral baru melibatkan budak-budak yang masih di bangku sekolah.

Menerusi posting yang viral di Twitter, tiga orang budak telah dirakam tengah membuli seorang budak lain dalam masjid ketika makmum lain sedang menunaikan solat terawih. Uish beraninya dik! 


 

“Pada sapa mengenali 3 orang budak (baju kuning, hitam dan merah) yang buli dan curi telefon…” 

Menurut tweet tersebut, netizen yang memviralkan kes ini sedang mencari 3 orang budak yang memakai baju hitam, kuning dan merah di video di bawah. Budak-budak ini katanya telah membuli budak berbaju oren tersebut dan mencuri telefon milik bapanya. 

https://twitter.com/rsuhairelariff/status/1127967567639764993

Kejadian ini berlaku di Masjid Behor Empiang, Perlis pada 13 Mei lepas ketika ahli masjid lain sedang menunaikan solat terawih. Katanya lagi, budak-budak ni tak cukup dengan curi telefon, siap tumbuk lagi muka budak tu. Aduii! 

buli 1
Sumber: Twitter

 

“Tak tahu apa orang fikir tapi kalau benda ini korang pandang ‘remeh…” 

Menerusi video kedua yang dikongsikan netizen terbabit, budak-budak tadi dilihat melarikan diri keluar dari masjid setelah ‘kerja’ mereka ‘selesai’. Perkara ini tak sepatutnya dianggap remeh hanya kerana budak-budak ni masih dianggap ‘kecil’. Haish! 

https://twitter.com/rsuhairelariff/status/1127985574718001152

childhood
Sumber: Twitter

 

“Siap la nanti kena kutip dengan orang kampung” 

kutip
Sumber: Twitter

 

“Jangan lari sangat dik. Kang sedar-sedar sampai Kedah kang. Perlis tu bukan sangat” 

jangan lari
Sumber: Twitter

Min harap budak-budak ni kembalikanlah phone tu balik ye. Tak baik curi barang orang bulan puasa ni. Kang kena kutip dengan orang kampung baru nak malu. 

Baca: “Ni bukan mandi mayat, ni mandi nak jadi mayat” – 5 Kali Curi Tabung Masjid, Lelaki Dimandi Jenazah Oleh Orang Surau

sapa suruh mencuri

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.