in

“Jangan jadi palatau” – Pemain Beregu Malaysia Berang Media Putar Belit Cerita

Nur Izzudin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, media merupakan sumber terbaik tentang apa yang berlaku dari semasa ke semasa, ini termasuklah berita dari arena sukan tempatan mahupun antarabangsa.

Baru-baru ini, pertandingan badminton Singapore Open baru sahaja melabuhkan tirainya pada 17 Julai semalam dan kita dapat lihat Indonesia menjuarai tiga daripada lima kategori yang dipertandingkan.


Skuad badminton Malaysia bagaimanapun, tidak dapat melayakkan diri ke mana-mana pusingan akhir dalam pertandingan tersebut.

Menurut laporan Berita Harian, pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky dikatakan ‘naik angin’ selepas semua beregu lelaki negara tersingkir di pusingan kedua pertandingan tersebut.

Jurulatih dari Indonesia itu, berkata pemain seolah-olah tidak belajar daripada kekalahan sebelum ini, alasan keletihan yang diberikan Izzuddin-Sze Fei selepas tewas dalam aksi bertemu pasangan India, M R Arjun-Dharuv Kapila adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Pun begitu, pemain berusia 25 tahun, Nur Izzudin Rumsani melalui laman Instagram miliknya mengeluarkan kenyataan membidas alasan tersebut.

https://www.instagram.com/p/CgGsonZLK6F/?utm_source=ig_web_copy_link

Nur Izzudin menerusi posting itu menempelak pihak media apabila ada pihak yang menyebarkan berita tidak sahih dan mengeluarkan kenyataan yang bukan dari mulut pemain badminton itu sendiri.

“Tak pernah kami bagi alasan bila kalah sebab kami tahu kekalahan patut diterima bukan diberi alasan, sebab siapa yang bagi alasan setiap kali kalah tu memang noob.

Tak tahu pihak mana yang salah yang cakap perkara ni tapi apa yang saya tahu semua yang disebarkan bukan dari mulut kami cuma ada pihak buat andaian sendiri.” tulisnya. 

Pemain muda harapan negara itu juga berkata menyebarkan berita tanpa mengetahui sebenar kondisi pemain sememangnya boleh memberi impak negatif kepada atlet.

Selan itu, Nur Izzudin juga menggunakan hashtag #guaantimedia dalam kenyataan di media sosialnya itu.

Apa-apa pun kita kena support atlet negara kita ok? 

Baca: “Tapi masih ‘humble’ –  [VIDEO] Datuk Lee Chong Wei Dikatakan Pemain Badminton Paling Kaya?

Untitled Design 2022 05 30T161737.414

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.