in

“Jangan dok mengajar petua bukan-bukan” – Jangan Bagi Bayi Minum Air Kanji Sebab Nak Jimat Susu Anak, Doktor Ini Jelaskan Kenapa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak dinafikan tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) selama lebih kurang tiga bulan telah menjejaskan pendapatan ramai rakyat Malaysia. Ada yang terpaksa berjimat cermat untuk makan. 


Namun, janganlah sampai ganti susu formula bayi dengan air kanji semata-mata nak jimat. Perkara ini mula tular di media sosial sebab ada pihak yang cuba menyarankan petua bagi bayi minum air rebusan nasi.

Jangan laaa bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu…

Posted by Imelda Balchin on Ahad, 14 Jun 2020

 

Kita faham ramai yang mungkin menghadapi masalah kewangan pada ketika ini namun rasanya ada banyak lagi pilihan yang boleh dibuat. Jangan lah sampai abaikan kesihatan anak-anak sendiri. 

Isu ini kemudiannya telah mendapat perhatian Doktor Imelda Balchin di Facebook. Dia juga menasihati ibu bapa agar tidak mencuba setiap petua orang lama.

Jangan la bagi baby minum air rebusan nasi atau air kanji. Ini petua orang tua-tua pada zaman dulu. Petua orang dulu tu untuk zaman dulu, bukan untuk zaman sekarang.

Betul tu, petua zaman dulu menjadi sebab benda tu sesuai untuk zaman tiada teknologi. Sekarang ni, dah tak sesuai sebab kita boleh rawat guna perawatan moden.

Menurutnya, air rebusan nasi ini tidak sesuai untuk bayi sebab ia hanya mengandungi karbohidrat jadi baby tak dapat zat yang cukup macam protein untuk membesar.

Difahamkan, ramai bayi di Indonesia mengalami masalah pembesaran yang terbantut akibat air rebusan nasi ni. Jadi, kerajaan di negara itu sedang giat menjalankan kempen air susu ibu.

Kalau susah nak keluar susu, bagi baby susu formula 

Semoga ibu bapa di Malaysia akan sentiasa dimurahkan rezeki supaya dorang dapat berikan yang terbaik untuk anak-anak. 

Baca: “Duit tak cukup nak beli susu” – Ibu Bapa Bagi Bayi Umur 14 Bulan Minum Kopi O 5 Gelas Sehari Sampai Anak…  

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.