Korang yang rajin masak dekat rumah tu mungkin pernah alami situasi nasi dimasak mentah. Bukan sebab tak tekan periuk, tapi sebab periuk nasi tu dah ‘tendang’ menandakan dah cukup masak. Cuma bila buka penutup, nampak nasi masih mentah.
Haa.. Kalau jadi macam tu, korang jangan buang atau masak yang baru. Masih ada peluang untuk betulkan dan selamatkan nasi seperiuk tu. Korang boleh ikut cara @ceotukangmasak ni buat dalam video di bawah.
@ceotukangmasak Ni salah satu tip untuk ampa repair balik kalau nasi mentah#warungnisafami #jommakamakan #jalanjalancarimakan #perlis #malaysiatiktok #fyppppppppppppppppppppppp #foodhunter #perlismai💙💛 #perlismai💙💛 #cheflife #tukangmasak #tahunmelawatperlis2024 #perlis #malaysiacooking
Artikel berkaitan: Tiada Bahagian Warna Kuning, Telur Rebus Ini Tarik Perhatian Ramai
Artikel berkaitan: Chef Anis Nabilah Dakwa Kenyataan Chef Indonesia Kata Nasi Kandar Berpasir Tiada Adab
Cara lain nak repair nasi mentah
Dari video yang min kongsi di atas, kita dapat satu tips yang sangat berguna sekiranya kita berdepan dengan situasi nasi mentah.
Dekat bawah ni pun min ada jumpa beberapa tips lain yang dikongsi orang ramai. Mungkin boleh cuba juga.
Tips paling selamat dan mudah. Pindahkan nasi ke pengukus, lepas tu kukus lah sekejap sampai betul-betul masak.
Wah cara macam ni min tak pernah cuba lagi. Mungkin lepas ni boleh standby ais, kalau nasi tak masak boleh campak je air batu dalam periuk nasi tu.
Yang ini min pernah tengok otai-otai buat. Biasanya kalau nasi berwarna lah sebab tumis dalam periuk nasi tu.