in

“Jangan buat undang-undang ‘rimba'”- Peguam Komen Isu Pemuda ‘Mandi Jenazah’ Sebab Curi Tabung Masjid

Fi Lawyer 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu pemuda ‘mandi jenazah’ kerana mencuri tabung masjid yang tular baru-baru ini telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen.


Ada yang menyokong tindakan sekumpulan jemaah masjid yang ‘memandikan’ pemuda tersebut lalu merakam dan menviralkan video sebagai ‘hukuman’ mencuri, namun ada juga yang memihak kepada pemuda tersebut kerana kasihan akan tindakan yang dilakukan ke atasnya itu.

Disebabkan video tersebut viral di media sosial, pihak polis mengambil tindakan ke atas kes ini dan pemuda itu telah pun dijatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan denda sebanyak RM4,000. Sekiranya dia tidak mampu membayar denda tersebut, dia bakal dipenjara lagi selama 5 bulan.

Berikutan kes ini, seorang peguam Nor Zabetha Muhamad Nor telah memberi ulasan serta membuat perbandingan kes-kes lepas yang dikatakan seakan sama dengan isu tersebut di laman Facebooknya.

Curi tabung masjid dan dimandikan 'jenazah' sebagai pengajaran.Curi itu salah. Salah mengikut hukum agama dan salah…

Posted by Nor Zabetha on Thursday, January 13, 2022

Menurut Nor Zabetha, perbuatan mencuri itu sememangnya salah mengikut hukum agama dan undang-undang walau apa sahaja sebab dan punca perbuatan mencuri tersebut. Tetapi, perkara yang membuat ramai netizen bersuara ialah tindakan mengambil undang-undang di tangan sendiri oleh kumpulan jemaah tersebut untuk dijadikan sebagai pengajaran itu.

Nor Zabetha juga ada menceritakan dua kes yang pernah berlaku yang seakan sama dengan isu ini:

Kes lelaki tikam mangsa & cederakan OKU kerana mencuri

“Jangan sesekali kita mengambil kuasa undang-undang, seolah-olah melaksana ‘undang-undang rimba’ hingga meragut nyawa orang lain meskipun dalam keadaan marah,” kata Yang Arif.

Kes ini difahamkan telah menimbulkan persoalan ramai tentang mempertahankan rumah sendiri jika diceroboh. Dikatakan apa yang disampaikan dan yang dibaca oleh orang ramai di media adalah berbeza dengan laporan di mahkamah serta keterangan saksi-saksi tertuduh; Zulkifli telah menyerang si mati tanpa senjata tatkala si mati merayu agar jangan dicederakan.

Menurutnya, banyak fakta kes ini yang tidak dikongsi kepada orang awam bagi menjelaskan mengapa akhirnya tertuduh dihukum gantung.

Namun, perbuatan Zulkifli yang marah kerana mangsa menceroboh kawasannya hanya kerana ingin mengambil besi-besi buruk dan barangan terbuang telah mencetuskan persoalan orang ramai. Adakah perbuatan seseorang yang tidak menyerang dan tidak mendatangkan bahaya dan mencuri wajar dibunuh?

Kes arwah kadet Zulfarhan

Dalam kes ini, para tertuduh kononnya membuat tuduhan tentang laptop hilang. Sehingga kini, kebenaran kes kecurian tersebut masih lagi tidak diketahui sama ada arwah terbukti bersalah atau tidak. Namun, kata peguam ini kebenaran itu ditolak tepi oleh para tertuduh, lalu mereka tetap mendera, menyiksa serta membunuh mangsa. Hanya disebabkan oleh pelaksanaan undang-undang ‘rimba’ ini.

Walaupun hukuman telah pun dijatuhkan terhadap para pesalah, orang ramai masih lagi mempersoalkan adakah hukuman tersebut setimpal dengan apa yang mereka lakukan terhadap mangsa.

Dalam kes pemuda ini pula, walaupun dikatakan dia dibawah pengaruh syabu, namun tindakan sekumpulan jemaah masjid menyebarkan video ‘mandi jenazah’ itu sebagai satu pengajaran adalah agak tidak wajar. Jika dilihat dari aspek penerimaan orang awam, majoriti merasakan tindakan tersebut adalah tidak patut. Orang ramai juga mempersoalkan adakah mesej pengajaran yang ingin disampaikan itu diterima?

Sebagai orang Islam, dikatakan adalah tidak wajar bagi seorang alim agama dan ahli jawatankuasa untuk bertindak kasar terhadap pemuda itu walaupun dia terbukti bersalah. Nor Zabetha mengajak orang ramai untuk melihat dari perspektif orang bukan Islam yang menonton. Apakah agaknya pandangan mereka terhadap institusi masjid dan Islam di Malaysia? Adakah mesej agama Islam cintakan kedamaian itu sampai?

Jika dilihat dari sudut kemanusiaan pula, peguam ini berpendapat pemuda ini bersalah kerana mencuri, jemaah masjid tersebut juga salah atas perbuatan mereka yang mengambil undang-undang ditangan sendiri serta merakan dan menviralkan video itu.

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar jangan membuat tindakan undang-undang sendiri, cukup dengan membuat laporan kepada pihak polis. Tindakan mengambil undang-undang ‘rimba’ dengan menularkan video sebagai pengajaran itu boleh membuka aib pesalah dan ahli keluarganya.

Baca: “Atuk pun tak nak bela” Netizen Dedah ‘Kisah Sebenar’ Pencuri Tabung Masjid

Collage 27

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.