Boleh katakan yang media sosial adalah tempat ramai orang bagi pendapat masing-masing tentang banyak perkara termasuklah tentang hal percintaan. Macam-macam jenis content korang boleh jumpa sama ada dalam bentuk tulisan ataupun video.
Tidak melepaskan peluang yang ada, lelaki ini juga ada beri nasihat yang agak ‘deep’ kepada pengguna media sosial tentang soal percintaan. Uish kalau bab-bab bercinta ni, memang semua orang pro kasi ayat deep.
Nasihat ‘deep’ tapi tak sangka ada plot twist
Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh mir_acan di Tiktok baru-baru ini, dia berkongsi nasihat yang boleh dikatakan agak ‘deep’ kepada pasangan di luar sana yang tengah syok bercinta.
“Jangan bercinta bagai nak rak.”
https://www.tiktok.com/@mir_acan/video/6970512885596523778?_d=secCgYIASAHKAESMgow2wzFqjjFZ74wJW1tUQU5K3Jl0Py8MuoFjlZJz3FP%2BtT3BuLfpiPKuWW3kSf5ilrMGgA%3D&language=en&mid=6969188448586468097&preview_pb=0®ion=MY&share_app_name=tiktok&share_item_id=6970512885596523778&source=h5_t×tamp=1623216353&u_code=dbg7j3706lab9c&user_id=6809102996343342081&utm_campaign=client_share&utm_medium=android&utm_source=copy&_r=1&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
Tapi, ramai yang tak sangka ending nasihat itu terselit ‘plot twist’ yang buat ramai berdekah. Aduh, tak jadi nak sedih, tiba-tiba buat kelakar pulak.
“Sebab kita tak tahu rak apa dia guna. Kot-kot dia pakai rak lu pape roger, dah termenung.”
Bukan itu sahaja, dia sempat juga melakonkan aksi berlari dan terjatuh sambil memainkan background lagu yang sedih untuk jadikan video itu lebih dramatik. Gituuu dah macam drama.
Nasihat ‘deep’ buat ramai terhibur
Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan nasihat ‘deep’ dari lelaki itu dan mengganggap nasihat yang dia berikan itu memang ‘style’ sebab lain daripada yang lain. Boleh katakan nasihat dia ini memang jarang didengar tapi ada maksud yang tersendiri.
“Mula-mula ok, ayat kedua tiber, ayat terakhir tertusuk terus.”
Harap mana-mana pasangan bercinta dekat luar sana korang setia lah dengan pasangan masing. masing. Jangan gerak lu pape roger sudah.. menangis tak berlagu nanti.
Sumber: mir_acan
Baca:”Diorang ni macam baru bercinta”- Syukri Yahaya Puji Isteri Masa IG Live, Sampai Merah Muka Tya