Seperti semua sedia maklum, sudah menjadi norma kehidupan apabila suami menjadi penyara utama dalam sesuatu keluarga. Tugas suami adalah mencari nafkah dan memberi makan minum serta tempat tinggal yang selesa buat isteri dan anak-anak.
Jadi tak hairanlah ada di kalangan suami yang stress jika berhadapan dengan masalah kewangan kerana isteri dan anak-anak bergantung dengannya.
Suami lebih stress jika gaji isteri lebih tinggi?
Pun begitu menerusi perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, sebuah kajian menunjukkan sebenarnya suami akan kurang stress jika isteri bekerja dan pendapatan mereka kira-kira 40% daripada keseluruhan keluarga.
Sebagai contoh:
Pun begitu, perkara ini berubah apabila pendapatan isteri menurutnya sama ada sama atau melebihi daripada pendapatan suami.
Berikut antara contohnya:
Menurut kajian itu juga, mungkin perkara inilah yang menjadi salah satu punca lelaki kurang gemar mencari pasangan yang mempunyai sumber kewangan yang lebih tinggi daripada mereka.
https://www.facebook.com/1712327752390423/posts/3127639444192573/?d=n
“Yeke? Stress ke? Suami saya happy kalau duit saya banyak”
Perkongsian tersebut walau bagaimanapun telah mendapat respon negatif daripada netizen yang berpendapat tidak semua suami stress jika gaji isteri mereka lebih tinggi daripada mereka.
Malah ada yang mengatakan, sesetengah suami merasa seronok kerana si isteri boleh membeli apa saja yang diinginkan tanpa perlu membebankan suami.
Dalam pada itu, ada juga yang berfikiran positif dengan mengatakan tidak salah isteri bergaji tinggi dari suami dan suami juga boleh berusaha untuk tingkatkan diri sendiri menjadi lebih baik.
Untuk makluman, kajian yang dinyatakan posting di atas merujuk kepada pasangan di Amerika dan bukannya di Malaysia, jadi mungkin itulah sebabnya ramai yang kurang setuju dengan hasil dapatan kajian tersebut.
Bagi admin, apa yang penting sama-sama tahu tanggungjawab masing-masing. Gaji tinggi tu satu perkara yang baik sebab ia rezeki buat keluarga dan anak-anak.
Baca: Kantoi Dengan Isteri Beli Mainan Dekat FB Brand, Ramai Netizen Back Up Suami