in

Jamu Babi Kepada Wartawan Islam di Melaka

ok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum, sensitiviti agama yang berlainan perlu dititikberatkan terutama bila menganjurkan sesuatu majlis keramaian. Pun begitu beberapa orang wartawan sangat terkilan kerana diberi sajian yang tak sepatutnya di sebuah majlis di Melaka.

Menurut Utusan, wartawan beragama Islam dan Hindu yang membuat liputan di majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia kat satu sekolah ni berasa kesal apabila dorang dihidangkan dengan daging babi.


babi
Sumber: Utusan

Mereka berasa kecewa dengan sikap tak sensitif penganjur yang bukan je tak kendalikan majlis dengan baik tapi siap hidang daging babi tanpa memaklumkan hal tu terlebih dahulu.

Lebih teruk lagi, katanya langsung tak ada wakil daripada pihak penganjur yang datang dekat wartawan untuk memaklumkan pasal jenis hidangan yang akan dijamu sepanjang majlis berlangsung.

ajsa
Gambar hiasan

Bukan itu saja, dorang jugak kesal sebab penganjur tu tak sediakan meja khas untuk makanan halal kepada pengamal media yang beragama Islam. Ni menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dengan wartawan bukan Islam dan makan makanan yang tidak diyakini halal.

Antara wartawan yang hadir termasuklah daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina. Majlis tu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin, ahli-ahli dewan undangan negeri dan beberapa tetamu kehormat lain.

Halal haram ni isu berat. Semoga pihak penganjur lebih berhati-hati lepas ni.

NOTA: Gambar atas bahagian kiri adalah sekadar ilustrasi sahaja.

Baca: Dihidang Daging Babi Untuk Buka Puasa

ahlahlaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.