in

Jamal Ingat Mahkamah Kedai Kopi Ke?

Page Jamal 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jamal Yunos dah menjadi nama yang disebut-sebut semenjak dua menjak ni dan semuanya bukan kerana perkara yang baik.


Baru-baru ni, menurut Malaysiakini, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos telah ditegur hakim semasa di dalam mahkamah.

Difahamkan, Jamal telah memberikan keterangan dalam saman fitnah terhadapnya oleh bekas pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah atas kenyataannya bahawa himpunan BERSIH 5 yang dianjurkan dua tahun lalu, diresapi unsur-unsur Negara Islam (IS) dan Daesh.

Bersih6
sumber: fmt

Ketika ditanya semasa pemeriksaan balas oleh peguamnya, Mohamed Nasir Yusof, bahawa dia telah melakukan pencarian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mengenai status BERSIH 2.0 dan tidak menemui sebarang maklumat.

Maria Chin Abdullahm2
sumber: blog

Hakim Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab memberitahu Jamal bahawa dia ketika itu berada di dalam mahkamah.

“Mana keputusan carian kamu? Ini bukti dalam mahkamah atau luar mahkamah? Ingat, ini adalah mahkamah dan bukan kedai kopi.”

Kena tegur punya pasal, Jamal tergamam dan dalam jawapan kepada peguamnya berkata maklumat itu berdasarkan ingatannya.

9F19A1A10Ae669208062Cc3Fa5B373B6
sumber: malaysiakini

Semasa pemeriksaan oleh peguam N Surendran, Jamal mengekalkan apa yang dinyatakan dalam kenyataan saksinya, bahawa suami Maria, Allahyarham Yunus Lebai Ali terlibat dalam pengeboman Sukan Olimpik Munich pada tahun 1972 .

Walau bagaimanapun, difahamkan pada tahun 1972, Yunus merupakan seorang pelajar di Universiti Malaya.

Hmm.. Ada-ada je lah Jamal ni. Kan dah kena tegur dengan hakim. Dalam mahkamah jangan main-main, kenalah kemukakan bukti baru betul.

Baca: Mengaku Salah!

Page Jamal 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.