in

Mengaku Salah!

Page Jamal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ok gaisss, semua pun dah tau kan yang zaman main sorok-sorok Jamal Yunos dah pun berakhir bila pihak polis di Indonesia berjaya cekup pelarian ni dan dia dihantar balik ke Malaysia pada Khamis lepas.


So, lepas dah sembunyi selama hampir dua bulan, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos akhirnya berada dalam tahanan polis Malaysia dan terus dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang untuk proses pertuduhan.

G
sumber: astro awani

Terbaru, menurut Free Malaysia Today, Jamal akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor pada tahun lepas.

Beliau dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret untuk sebutan kes hari ini.

Sementara itu, kalau korang nak tau, menurut Astro Awani, sebelum ini Jamal meminta untuk diikat jamin tapi mahkamah dah tolak permohonanan tersebut. Of course lah, kang lari lagi!

G2
sumber: astro awani

Keputusan dibuat selepas Majistret Muhammad Firdaus Sadina Ali selesai mendengar hujah kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan.

Oh ye, masa tu, Jamal pun turut mengaku tak bersalah atas pertuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis di Hospital Ampang pada 25 Mei yang lalu.

Berjaya jugak Jamal ditangkap oleh pihak polis dan tak sangka pulak akhirnya dia mengaku kesalahan yang terang-terang dia dah lakukan.

Harap Jamal tak lari lagi!

Baca: Pak Jamal Akhirnya Udah Pulang!

Jamal 2 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.