in

“Jalan banjir pun kerja polis” – Netizen Salute Abang Polis Sanggup Kutip Sampah Guna Tangan Untuk Bersih Longkang Tersumbat

Hebat Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masyarakat di luar sana sepatutnya meletakkan rasa hormat yang tinggi pada anggota badan beruniform kita seperti abang bomba, abang askar dan abang polis kerana dedikasi mereka dalam menjalankan tanpa mengira siang dan malam.


Baru-baru ni, viral di Twitter sebuah video menunjukkan abang polis dengan gigihnya sedang mengorek longkang tersumbat menggunakan tangan sendiri. 

 

“Apa je kerja polis tak buat. Jalan banjir pun kerja polis” 

Rata-rata netizen yang melihat video ini berasa terharu dan memuji perkara yang dilakukan polis tersebut. Kerja polis bukan je mengawal lalulintas atau tangkap penjenayah. Korek longkang tersumbat pun polis buat. Halahaiii moga murah rezeki abang polis ni. 

Abang Pol
sumber: twitter

 

“Siapa yang tak buat kerja sebenarnya? Kesian abang polis buat kerja orang!” 

Jaga
sumber; facebook

 

Korek aliran air guna tangan untuk elak jalan raya banjir

Menurut satu laporan di Facebook, kejadian yang berlaku di Jalan Imbi – Sultan Ismail itu terjadi disebabkan hujan lebat di sekitar Pusat Bandaraya yang mengakibatkan saluran air tersumbat. 

Untuk mengelakkan kesesakan jalan raya berlaku, anggota polis dari Bahagian Kawalan Lalulintas ini katanya telah mengambil inisiatif untuk korek aliran air yang tersumbat tersebut menggunakan tangan sendiri. Oh begitu alkisahnya…

Korek 3
sumber: twitter

Wah syabas! Tak nampak geli pun dia keluarkan satu-satu kotoran kan. 

Baca: “Syabas PDRM”- Polis Tahan 5 Beranak Naik Motor Ramai-ramai Bukan Untuk Saman Tapi…

Oo

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.