in

“JAKIM sahkan Sajat adalah lelaki” – Blogger Dakwa Jakim Sengaja Rahsiakan Identiti Sebenar Sajat

Sajat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"JAKIM sahkan Sajat adalah lelaki" - Blogger Dakwa Jakim Sengaja Rahsiakan Identiti Sebenar Sajat
Loading
/

Baru-baru ini kecoh di media sosial, tentang pertemuan antara pihak JAKIM dan Sajat serta keluarganya di Wisma Nur Sajat di Shah Alam, Selasa lepas. Tujuan pihak JAKIM bertemu dengannya ekoran cemuhan netizen sejak kebelakangan ini berhubung isu identiti Sajat. Mana tidaknya, hampir seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya tentang identiti sebenar Sajat.


26071033 142611779762269 4543125442596438016 N
sumber: instagram

Sebelum ini, salah seorang blogger terkenal di negara kita, Papagomo, pernah meminta Sajat untuk meminta maaf kepada kaum wanita kerana telah memalukan mereka dengan kenyataan mengenai datang haid dan mengandung. Namun baru-baru ini, Papagomo memuat naik satu lagi video, di mana dia mendakwa bahawa pihak Jakim sengaja merahsiakan identiti sebenar Sajat. Hmm biar betul?

Menerusi video tersebut, beliau memberitahu bahawa sebab pihak JAKIM tidak mendedahkan status sebenar Sajat kerana Sajat sendiri meminta agar pihak JAKIM tidak melakukannya kerana malu jika masyarakat mengetahui status sebenar dirinya. Iya lah kan.. Selama ni mengaku perempuan, tiba-tiba sebenarnya lelaki pulak? Sudahhh!

26263233 378321152638750 3326562736095100928 N
sumber: instagram

Papagomo juga mendakwa bahawa dia sendiri telah menerima panggilan daripada pihak JAKIM yang mengesahkan sendiri bahawa Sajat adalah sebenarnya lelaki, namun perkara ini tidak didedahkan kepada masyarakat.

Namun menurut Astro Awani pula, pihak JAKIM menerusi pegawai serta LGBT, Dr Izwan Yusof dengan sekeras-keranya menafikan dakwaan Papagomo yang mengatakan pihak mereka mengesahkan bahawa jantina Nur Sajat sebagai lelaki. Aikkk!

26071662 1802854233119250 8992687874507800576 N
sumber: instagram

Malah mereka menjelaskan bahawa terdapat beberapa proses yang perlu dilakukan untuk mengenal pasti identiti Sajat secara rasminya. Proses tersebut dijalankan atas pertujuan bersama dengan tuan empunya badan sendiri, dan perlu disahkan oleh Pakar Kajian Syariah sebelum mengumumkan keputusan jantina Sajat kepada masyarakat.

Menurut Mstar pula, proses tersebut mengambil masa panjang memandangkan ia melibatkan banyak pihak. Dijangkakan sebulan adalah tempoh paling minimum.

Apa-apa pun harap semua netizen sabar menunggu ‘keputusan’ sebenar daripada pihak JAKIM yaa..

Baca: JAKIM Keluar Mesej Terbuka, Ingin Jumpa Sajat Selepas Terima Laporan Papagomo

Page Sajat2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.