in

“Jadi maskulin sikit” – Teguran TokTi Dekat Daniel Chuer Cetus Perbalahan Netizen

Ft Tokti Daniel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pasti akan ada sahaja isu yang timbul setiap kali program Big Stage berlangsung dan terbaru ini, di Twitter teguran daripada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza (TokTi) yang merupakan juri tetap telah mengundang perbalahan netizen.


 

Awak kena maskulin sikit – TokTi

Dalam persembahan Daniel lagu Gila nyanyian Kaka Azraff, Loca B & Noki semalam telah mendapat respon memberangsangkan daripada ramai juri, kebanyakannya memberikan markah tinggi (70 keatas).

Vokalnya turut mendapat pujian, cuma satu perkara kurang enak mula timbul apabila Datuk Syafinaz Selamat mula tegur cara Daniel berjalan yang seakan Bella Hadid.

Perkara yang lebih kurang sama turut dikatakan oleh TokTi, beliau tidak nafikan bahawa vokal Daniel pada malam itu cukup mantap, namun dengan nada yang begitu lembut, TokTi menegur agar Daniel lebih maskulin ketika membuat persembahan.

Ternyata ada netizen yang kurang senang dengan teguran mereka dengan labelkan ia sebagai toxic masculinity dan ada juga yang menyokong dengan kata-kata TokTi kerana ia satu teguran yang membina, bukannya kecaman.

 

Reaksi Netizen

Tokti Daniel Tokti Daniel 2 Tokti Daniel 3 Tokti Daniel 4 Tokti Daniel 5 Tokti Daniel 7

Tokti Daniel 6 1

 

Ini bukan pertama kali dapat komen macam ni – Daniel

Walaubagaimanapun, tuan empunya badan tidak melatah dengan kritikan sebegitu. Menerusi temubualnya besama MyBuzz,  ini bukanlah pertama kali dia menerima kritikan sedimikian, malah dia juga ada mengatakan tidak menyedari dengan tindakannya semasa melakukan persembahan.

Oleh itu, dia ambil teguran itu dari sudut positif untuk memperbaiki lagi mutu persembahannya pada minggu-minggu akan datang.

Apapun, juri memberikan markah yang tinggi , jadi apa yang dikatakan itu bukanlah satu hinaan atau mahu menjatuhkan, tuan empunya badan pun ok sahaja. Mudah-mudahan Daniel dapat memberikan persembahan terbaik pada minggu depan.

Baca : “Baru Big Stage sebenar!” – Ajai Puji Bakat Pemuda Bersuara Sudirman, Akui Boleh Pergi Jauh

Page Ajai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.