Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pelajar universiti sememangnya tidak dapat dipisahkan. Ramai graduan yang membuat potongan gaji untuk membayar semula pinjaman pelajaran tersebut. Ingat, hutang perlu dibayar, jangan buat-buat lupa pulak.
Namun, baru-baru ini Datuk Ahmad Yakob iaitu Timbalan Mursyidul Am PAS mencadangkan agar unsur riba dalam bayaran PTPTN ini dihapuskan, lapor Harian Metro. Bagus lah tu kalau boleh dilaksanakan.
Jadinya, peminjam perlu membayar jumlah sebenar pinjaman sahaja.
Rata-rata netizen menyambut baik cadangan ini sebab menurut mereka, hutang memang wajib dibayar namun bayaran bunga perlu dihapuskan.
Namun, ada juga netizen yang mengatakan bahawa kos berlebihan yang perlu dibayar sebelum ini bukanlah riba sebaliknya merupakan ujrah yang melibatkan kos operasi. Katanya ujrah tersebut telah diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak. Yang mana satu ni?
Apa-apa pun, korang yang pinjam PTPTN tu jangan lupa bayar tau. Kesian dekat generasi muda lain yang nak guna jugak duit tu.
Baca: Wanita Konsisten Bayar Hutang PTPTN Terkejut Terima E-mel Tunggakan Sebanyak RM9,484