Isu Pekerja Sambilan Tidak Dibayar Gaji, RTM Beri Penjelasan

Tambah ke Sumber Pilihan
Isu Pekerja Sambilan Tidak Dibayar Gaji, RTM Beri Penjelasan

Beberapa hari lalu, tular pendedahan seorang wanita yang merupakan editor sambilan mendakwa tunggakan gaji yang dialaminya ketika bekerja dengan badan penyiaran milik kerajaan, RTM.

Menerusi platform Linkedin, Noor Ainun Jariah Noor Harun berkata, dia sudah dua bulan bekerja sebagai editor Bahasa Inggeris di RTM, namun sehingga sekarang masih belum menerima gajinya.


Ainun 1

Ainun 2

Pihak atasan menurutnya telah memberikan pelbagai alasan termasuklah mengatakan admin yang bertugas bercuti, sakit, baru bekerja dan sebagainya.

Dan syarikat ini juga mungkin akan kata, ‘Jangan risau, kami akan tetap bayar juga. Bukannya kami tak bayar kamu langsung. Tolong bersabar,’ cara ini sangatlah tidak bertanggungjawab. 

“Bagaimana bekerja nak ‘hidup’ jika gaji mereka tidak dibayar pada waktu sepatutnya?” tulis Noor Ainun Jariah.

Dalam pada itu, Noor Ainun juga mendakwa pihak atasan telah menyuruhnya untuk memadam posting berkenaan atas ‘arahan’ pihak kementerian.

Ainun Take Down

“Dokumen tidak lengkap, isu terpencil” – RTM 

Isu ini telah mendapat perhatian daripada pihak RTM sendiri yang mengeluarkan kenyataan rasminya semalam.

Menurut RTM, isu kelewatan bayaran perkhidmatan tenaga kreatif (piecemeal) RTM itu adalah kes terpencil dan aduan juga telah dibuat pada bulan lalu.

Proses pembayaran perkhidmatan bagi semua Piecemeal di RTM kini menggunakan sepenuhnya Tatacara Perolehan WP10.9 iaitu bayaran bagi perkhidmatan akan diterima dalam tempoh 7 hingga 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima. 

“Piecemeal berkenaan sebelum ini telah menghantar dokumen tuntutan yang tidak lengkap dan diminta untuk melengkapkan semula dokumen sebelum boleh diproses. 

“Pihak RTM sentiasa memastikan pembayaran perkhidmatan kepada Piecemeal dibuat secara teratur dan mematuhi tatacara kewangan yang berkuatkuasa.”

1732200780948Sumber: Linkedin

Dalam pada itu, Fahmi Fadzil menerusi X memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan individu berkenaan ekoran kemelut dalaman yang dihadapi syarikat penyiaran tersebut.

Pihak RTM dan Ketua Pengarahnya, Datuk Suhaimi Sulaiman telah teliti isu ini. Saya akan bertemu pengadu,” katanya dalam hantaran di X.

Fahmi FadzilSumber: X

Sumber: Linkedin, X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaida Ismail
Lagi tulisan Syaida
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Isu Pekerja Sambilan Tidak Dibayar Gaji, RTM Beri Penjelasan
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/isu-pekerja-sambilan-rtm-tidak-dibayar-gaji-rtm-beri-penjelasan/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM