in

Isteri Frontliner Minta Cerai, Kecewa Suami Terlalu Sibuk Bawa Ambulans Masa Pandemik COVID-19

Cats 22

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, golongan barisan hadapan atau lebih dikenali sebagai frontliner merupakan golongan yang paling sibuk ketika pandemik Covid-19 melanda Malaysia.


Baru-baru ini, tular satu kisah melibatkan seorang frontliner meluahkan kisah rumah tangganya yang runtuh hanya gara-gara dia terlalu sibuk membawa ambulans menyelamatkan nyawa pesakit.

Penceraian tersebut berlaku kerana rasa tidak puas hati Diana terhadap Amir (bukan nama sebenar) yang terlalu komited dengan pekerjaan.

Untuk rekod, Amir ialah seorang pemilik merangkap pemandu sebuah syarikat penyelia perkhidmatan ambulans di ibu kota, manakala Diana pula bekerja dalam sektor kerajaan.

Wireap 1389Adbc696E4Dceb3A5011D4931B80A 16X9 1600S

Sebagai pemilik syarikat dan juga pemandu ambulans, tugas harian Amir agak padat. Dia perlu menguruskan urusan pejabat, dan juga membantu mereka yang memerlukan servis ambulans.

“Kerja seperti saya ini tidak tentu masa. Saya perlu uruskan hal di pejabat serta memandu ambulans sekiranya terlalu banyak permintaan.

“Hendak harapkan pekerja, mereka pun tidak menang tangan. Tidak sangka pula, kesibukan saya itu membawa kepada perceraian kami,” ujar Amir menurut sumber.

Menurut Amir, rumah tangganya mula goyah apabila pandemik Covid-19 melanda negara. Jelasnya, permintaan terhadap perkhidmatan ambulans semakin meningkat sepanjang tahun lalu, terutamanya melibatkan mereka yang disahkan positif Covid-19.

“Selama saya hidup dengan Diana, kami berdua bahagia dan saling memahami tugas masing-masing. Disebabkan Covid-19 melanda negara, kerja saya sebagai seorang yang boleh dianggap frontliners atau petugas barisan hadapan kian bertambah dan hampir tiada masa di rumah.

“Permintaan terhadap ambulans meningkat begitu mendadak. Kami terima banyak permintaan untuk menghantar pesakit Covid-19 ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” jelas lelaki itu.

Gara-gara terlalu sibuk, Diana sering makan hati dan mempersoalkan tugas Amir sehingga membawa kepada pertengkaran. Pergaduhan mereka sampai ke kemuncak apabila Amir tidak pulang ke rumah selama tiga hari atas sebab kerja. Dia juga bimbang jika virus itu akan menjangkiti isterinya.

Akhirnya, Diana yang tidak tahan dengan situasi ini meminta agar Amir melepaskan dirinya. Selepas kerap diasak oleh isterinya, Amir memilih untuk menceraikan isterinya menerusi panggilan telefon dengan talak satu.

“Sewaktu perbicaraan di mahkamah syariah, hakim menasihati mereka bahawa dalam perkahwinan perlu ada tolak ansur dan saling memahami antara satu sama lain.

“Saya tidak menyalahkan Diana 100 peratus terhadap perceraian ini. Saya juga sedar kekurangan diri ini,” jelas Amir.

Semoga yang baik-baik sahaja buat mereka berdua.

 

Kredit: Kosmo

BACA: Meremang! Frontliners Dapat Panggilan Dari Rumah Kosong, Rupanya Pesakit Dah Meninggal 3 Tahun Lalu

Capture 10

Sumber: Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.