in

Ismail Izzani Jawab Spekulasi Netizen Tentang Berkahwin & Selalu Pergi Kelab Malam

ft mail mengaku clubbing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nama Ismail Izzani tidak memerlukan intro yang panjang lebar, mesti ramai yang dah kenal dengan penyanyi berusia 23 tahun ini kerana sejak kebelakangan ini banyak kontroversi yang terpalit dengan namanya.

Dulu pernah didakwa hamilkan gadis dan telah berkahwin senyap-senyap dan beberapa bulan lepas, tular video dirinya yang sedang berhibur di sebuah kelab malam.


Tampil jawab soalan netizen

Screenshot 2023 02 14 165434

Tapi hari ini, Ismail Izzani akhirnya tampil bersuara dan memberitahu bahawa khabar angin mengenai perkahwinannya itu tidak benar dan sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa.

Kata Ismail, buat masa sekarang dia hendak menumpukan perhatian terhadap kerjayanya, lebih-lebih lagi usianya yang masih muda untuk mendirikan rumah tangga.

“Saya masih single! Saya mahu fokus kepada diri sendiri.”

“Manusia mestilah kita mahu mencuba ke arah itu (bercinta) namun buat masa sekarang saya tidak mencari,” kata Ismail.

“Saya hanya jadi diri saya” – Ismail Izzani

Screenshot 2023 02 14 165523

Dalam pada itu, Ismail akui tahun 2022 sangat mencabar buat dirinya kerana terpalit dengan pelbagai kontroversi lagi-lagi video dirinya yang berpelukan di kelab malam.

Bercakap mengenai isu itu, Ismail akur dan sebagai selebriti dia tidak boleh lari daripada isu panas, tapi itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.

“Saya hanya jadi diri sendiri. Saya mengaku pergi ke tempat sebegitu (kelab malam). Kadang-kadang ada sebabnya, mungkin sekadar berhibur dan berjumpa rakan-rakan,” jelasnya.

Ismail turut memberitahu, tindakannya itu tidaklah memberi kesan kepada kerjayanya kerana dia masih bekerja dan terus ada dalam industri tersebut.

Tambahnya, dia tidak mahu bersikap hipokrit dan menerima setiap kecaman yang diberikan oleh netizen serta menganggap itu sebagai teguran dan dia terima dengan hati yang terbuka.

Sumber: mStar, Instagram

Haa akhirnya terjawab dah persoalan netizen! Manusia biasalah buat kesilapan kan..

Baca : [VIDEO] Nafi Larikan Diri, Ismail Izzani Akhirnya Jawab Mengenai Isu Video ‘Panas’

ft mael takmo ngaku 561x295 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.