in

[VIDEO] Nafi Larikan Diri, Ismail Izzani Akhirnya Jawab Mengenai Isu Video ‘Panas’

Ft Mael Takmo Ngaku

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa bulan yang lalu, telah tular sebuah rakaman video seorang lelaki yang disyaki seorang penyanyi terkenal, dilihat mencium dan memeluk seorang wanita di sebuah kelab malam.


Nama penyanyi, Ismail Izzani terpalit dengan isu hangat tersebut dan hari ini dia sudah membuka mulut mengenai isu terbabit dan tindakannya melarikan diri daripada ditemu bual pihak media.

Menerusi temu bual yang dilakukan bersama rancangan Melodi, Ismail berkata dia bukan melarikan diri tetapi dia cuma memerlukan ketenangan ketika isu video tersebut menjadi bualan warganet.

Tambah Mail, dia mengeluarkan kenyataan di media sosial dan berpendapat bahawa orang ramai tidak mahu mendengar penjelasannya, sebaliknya hanya mahu mengambil tahu dan menjatuhkan hukuman kepadanya.

Jelasnya, sebagai seorang manusia biasa, dia tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dalam hidup dan begitu jugalah kepada orang lain.

“Saya manusia biasa tak lari dari buat kesilapan. Sesiapa pun ada kontroversi. Minta maaf lah sebab saya banyak kontroversi tapi kita tak boleh nak expect orang sayang kita,” katanya.

Screenshot 8 1

Selain itu, ibu Ismail, Datin Suliza Salam merupakan insan yang sentiasa memberikan sokongan meskipun timbul pelbagai konflik yang melibatkan dirnya.

Tambahnya, ada pihak tidak bertanggunjawab yang mengata bahawa ibunya tidak pandai membesarkan anak dengan baik walaupun mereka sudah melalui banyak perkara bersama yang tidak diketahui orang lain.

“Saya juga tak akan ceritakan masalah keluarga kerana ia membuang masa. Apa yang terjadi saya anggap sebagai peringatan. Korang dulu mesti pernah jahat juga tipu lah lahir-lahir terus macam tu,” ujarnya.

Haa tu jawapan dari tuan badan sendiri… Terjawab tak persoalan korang?

Baca : Ghairah Bercium Di Kelab, Penyanyi Lelaki 22 Tahun Jadi Bualan Netizen

Penyanyi Lelaki Kelab 1 758X399 1

Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.