in

“Mengata anak orang memang seronok” – Ibu Ismail Izzani Tampil Jawab Komen Kecaman Netizen

Mak Ismail Jawab Kecaman Netizen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita yang tular mengenai sebuah video seorang lelaki yang sedang melakukan aksi sumbang di sebuah kelab malam.

Rata-rata warganet membuat spekulasi dan mendakwa individu di dalam video tersebut adalah seorang penyanyi lokal, Ismail Izzani.


Susulan penularan video tersebut, ibu kepada penyanyi berkenaan, Datin Suliza Salam, telah menjadi mangsa kecaman netizen di Instagramnya.

https://www.instagram.com/p/ClIV0oiycrD/

Disebabkan ini bukan kali pertama Ismail terlibat dalam kontroversi sebegini, rata-rata warganet menyalahkan Suliza dan mendakwa dia tidak pandai menjaga dan mendidik anaknya yang berumur 22 tahun itu.

Oleh kerana tindakan warganet yang menyerang media sosialnya, dia tidak mampu berdiam diri lagi dan membalas komen biadap netizen yang kelihatan seronok mengutuk dan melemparkan fitnah terhadap dirinya dan keluarga.

Jawapan dari ibu Ismail

Suliza memberitahu bahawa hanya Allah yang mampu memberi keampunan dan mengubah perbuatan manusia dan bukannya menerusi kata-kata orang lain.

Screenshot 2022 11 25 140338

Dalam pada itu, Suliza menjelaskan, dia menghargai segala teguran dan mendoakan netizen agar Allah menjaga aib mereka, menurut mStar.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih atas tunjuk ajar dan teguran. Semoga Allah melindungi dan merahmati kau sekeluarga,” ujarnya.

Mb050417Ht051.Jpg.transformed 0

Walaubagaimanapun, netizen masih lagi meluahkan rasa tidak puas hati dengan meninggalkan komen sarkastik berhubung kontroversi yang melanda Ismail di Instagramnya.

Terdahulu, Ismail menjadi sebutan warganet apabila dia dikatakan individu dalam video yang bercumbuan sambil memeluk seorang wanita berpakaian seksi di sebuah kelab malam.

Apa komen warganet?

Tinjauan ke ruangan komen, ramai netizen yang bertanyakan sama ada Suliza telah memberikan nasihat dan hukuman kepada anaknya itu.

Screenshot 2022 11 25 142425 1

Screenshot 2022 11 25 142442 1

Tapi, ada betul juga apa yang disampaikan dari mak Ismail tu…

Baca : Ghairah Bercium Di Kelab, Penyanyi Lelaki 22 Tahun Jadi Bualan Netizen

Penyanyi Lelaki Kelab 1 758X399 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.