in

“Hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri” – Ketua Polis Negara Dakwa Ada ‘Orang Dalam’ PDRM Sendiri Cuba Nak Jatuhkannya

Hamid 1

Satu pendedahan dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador bahawa sebenarnya wujud orang dalaman PDRM sendiri ingin cuba menjatuhkannya.

Menerusi pendedahannya secara eksklusif kepada Sinar Harian itu, kumpulan yang ingin menjatuhkannya itu merupakan kelompok yang sama mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.

 

Ada usaha untuk mengaibkan, menjatuhkan saya daripada kumpulan ini (kartel). Jadi saya ingin menasihatkan mereka, hentikan perbuatan jijik ini, sedar diri bahawa pasukan ini bukan kita punya, bukan padang permainan kita.”

Abdul Hamid Bador Igp

Pendedahan itu dibuat ketika beiau ditanya mengenai pendedahan mengejutkan yang pernah dibuat berhubung gerakan geng kartel dalam PDRM sendiri.

Katanya, golongan ini mahu menguasai pasukan keselamatan untuk mudah melakukan ‘kerja-kerja kotor’.

Terkesan dengan perkara itu, Abdul Hamid meminta agar mereka insaf.

Abdul Hamid Bador

“Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu…dan tindak-tanduknya begitu.

“Ada kumpulan pegawai-pegawai muda yang berkumpul dan mereka bercakap sesuatu…dan tindak-tanduknya begitu. Ke arah untuk mencari jalan bagaimana rakan-rakan yang sebayanya dapat naik bersama, cakap tentang perkara tidak baik.”

Untuk rekod, Abdul Hamid, 62, dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selepas bersara bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.

 

Baca : “Takde niat nak kompaun…” – Viral Pasal Polis ‘Kejam’ Kompaun Pengemis Lahad Datu 10K, Ini Penjelasan Ketua Polis Negara…

Pois