in

“Ini ke yang dorang belajar dekat sekolah?” – PDRM Cari Lima Remaja Pukul Budak 13 Tahun

Point Blur Jul162019 181753 1024X539

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah banyak sangat kes buli yang kita dengar baik dari media ataupun yang berlaku depan mata kita. Tapi, benda ni masih tak dapat dibendung dan makin menjadi-jadi pulak.


Macam kes yang berlaku dekat Miri, Sarawak ni. Menurut Utusan Borneo, pihak polis kini sedang menyiasat kes buli yang melibatkan beberapa orang remaja dan mangsa berusia 13 tahun.

Penyiasatan ini bermula bila bapa mangsa membuat laporan polis pada hari Isnin lepas mengatakan anaknya telah dipukul oleh lima remaja dari sekolah yang sama.

Yang peliknya, macam dah jadi trend pula sekarang untuk upload benda jahat yang orang buat di media sosial, video remaja dipukul ini juga dah tular di semua platform media sosial.

https://www.facebook.com/InfoKemalanganJalanRaya/videos/pcb.2435288340128529/405462846737241/?type=3&theater

Ketua Polis Miri, ACP Lim Meng Seah mengatakan yang mangsa dipercayai dipukul dan ditendang oleh lima remaja pada 8 Julai lalu.

Lim Meng Seah juga berkata yang bapa mangsa telah melaporkan jenayah ini selepas video anaknya dipukul dan dibuli ini disebarkan di WhatsApp.

Dalam video ni, korang boleh tengok budak lelaki ni kena pukul dengan lima remaja tak berbaju dan korang siap boleh dengar mangsa menangis kesakitan. Rasa macam dah gangster habislah tu dengan tak pakai baju apa semua?

Point Blur Jul162019 181818

Pada awalnya, mangsa takut untuk membuat laporan kerana telah diugut oleh lima suspek ini. Tapi, tindakan ‘bijak’ orang yang merakam dan memuatnaik video ini telah sampai ke pengetahuan bapa mangsa.

Pihak polis kini sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 147 dan suspek boleh dijatuhkan hukuman penjara dua tahun atau denda.

Harapnya pelaku dapat hukuman yang sepatutnya supaya kejadian macam ni tak akan berulang lagi. Cukup-cukuplah.

 

Baca: “Jangan lari sangat dik, Perlis bukan besar sangat” – Netizen Cari 3 Budak Lelaki, Buli & Curi Telefon Bapa Mangsa Masa Dalam Masjid

Screenshot 2019 07 17 At 10.31.42 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.