in

“Ini cucu saya, panggil nenek ya” – Reaksi Spontan Raja Pemaisuri Agong Bila Lihat Kanak-Kanak Ini Sebab…

Cats

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pernah bercerita mengenai pengalamannya menunggu hampir 10 tahun untuk mendapatkan cahaya mata pertama.


Malah Tunku Azizah juga pernah menjalani 17 rawatan kesuburan.

Susulan itu,Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) telah ditubuhkan bagi membantu pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata dengan membayar kos rawatan fertiliti.

Lebih mengujakan, sehingga kini seramai 115 orang kanak-kanak telah lahir menerusi TAFF dan setiap daripada mereka akan dipakaikan rantai khas TAFF berserta loket yang tertulis maklumat kelahirannya.

Hmm mulianya hati Tunku kan okay berbalik kepada cerita asal…

Semalam, ketika Tunku Azizah bertindak spontan apabila ternampak seorang kanak-kanak memakai rantai khas berkenaan dan menitahkan kanak-kanak berkenaan supaya memanggilnya nenek sambil berulang kali menyebut “ini cucu saya”.

Screen Shot 2019 08 17 At 8.29.38 Am
Sumber: harian metro

Ya korang tak salah baca, memang Tuanku suruh kanak-kanak tu panggil nenek!

“Ini cucu saya yang ke-82, anak TAFF… panggil nenek ya”, titahnya sambil memeluk dan mencium kanak-kanak itu.

Mesti korang nak tahu kan siapa kanak-kanak tu sebenarnya?

Puteri Norliyana Damia Zainudin, 7, merupakan salah seorang yang dilahirkan menerusi kaedah tabung uji (IVF) di bawah program TAFF.

Puteri merupakan anak kepada pasangan Zainuddin Osman, 51, dan Nor Rabiatun Razali, 42, yang menunggu selama 12 tahun untuk mendapatkan zuriat. Fuhhh

Untuk rekod, Tunku Azizah bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli menziarahi tiga keluarga di Taman Sri Keramat, di Maran, semalam sebelum ternampak Puteri.

Baca: “Saya susah nak dapat anak” – Permaisuri Agong Nak Bagi Rawatan IVF Percuma Kepada 60 Pasangan Kurang Berkemampuan

Screen Shot 2019 08 17 At 9.39.29 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.