in

Ini Barulah Suami Mithali!

Hidup Bahagia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau bukak je kat media sosial, mesti ada terkeluar kisah-kisah isteri teraniaya dan suami trash yang sanggup tinggalkan anak isteri dek kerana tergoda dengan wanita lain. Tapi sebenarnya tak semua lelaki macam tu.


Menerusi perkongsian sebuah blog, sepasang suami isteri bernama Muhammad Jefri Abdullah, 43 dan Roszanika Abdul Karim, 39 boleh dijadikan bukti cinta sejati. Hal ni kerana, Jefri dengan rela hati sanggup mengahwini isterinya, Ros hampir 10 tahun lepas walaupun tahu wanita tu tak sempurna macam wanita lain semasa mereka bertemu.

Bahagia 1
sumber: blog

Ros tak mampu duduk tegak dan kena duduk mengereng sepanjang masa. Tulang belakang, tangan dan kakinya pula makin membengkok setiap hari.

Bahagia 4
sumber: blog
Bahagia 5
sumber: blog
Bahagia 3
sumber: blog

Malah lebih memilukan pasangan suami isteri ni hanya tinggal di bilik berukuran 10 x 10 dengan sewa bernilai RM350 sebulan di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Bilik ni terlalu sempit sampaikan pasangan ni hanya boleh muatkan tilam saiz queen dengan almari kain je. Tak ada rak atau apa-apa hiasan lain.

Isteri Jefri ni jugak tak mampu memasak, bahkan nak ke bilik air pun Jefri terpaksa mendukungnya ke sana. Sebab tu lah Jefri ni dikatakan suami mithali kerana dia memandikan, membersihkan najis Ros dan memakaikan isterinya pad kalau datang haid. Semuanya akan Jefri buat sebelum pergi ke kerja.

Bahagia 6
sumber: blog

Jefri kemudian pulang pada waktu tengah hari untuk hantar makanan dan bersihkan isterinya sekali kalau ada terbuang air kecil dan besar. Inilah rutin yang perlu dilalui Jefri hampir 10 tahun. Tak ada candle light dinner atau bercuti di Bali macam pasangan lain.

“Siapa nak orang cacat. Cacat yang perlukan orang membantu setiap masa. Tapi saya bersyukur abang menerima saya walaupun berkali-kali saya bertanya adakah dia benar-benar nekad dengan keputusannya,” kata Ros.

Bahagia 2
sumber: blog

Kata Ros lagi, dorang bertemu semasa Ros dan kawan-kawannya berjalan di Kuala Lumpur. Jefri jumpa Ros sekali je dan terus mintak nombor telefon. Lelaki tu kemudian nekad memeluk Islam dalam masa tiga bulan dan melamar Ros di kampung.

“Inilah jodoh kami, saya harap ianya ke akhir hayat kerana saya tak mampu nak uruskan diri. Lagipun adik-adik dah membuang saya semenjak ayah masih sakit lagi. Kata mereka, kalau orang tua tak ada, mereka akan hantar ke rumah kebajikan,” kata Ros lagi.

Pun begitu pasangan yang hidup susah ni memerlukan bantuan daripada orang ramai. Jefri telah diberhentikan kerja baru-baru ni dan mereka hanya bergantung dengan duit JKM untuk meneruskan hidup.

Bagi mereka yang nak hulurkan bantuan, korang bolehlah salurkan ke akaun CIMB 7624689924 di bawah nama Roszanika Abdul Karim. Atau korang boleh je datang sendiri ke bilik mereka di No 47 B, Tingkat 3, Jalan Indah 1/23, Pandan Indah, 55100 Kuala Lumpur. Boleh jugak hubungi nombor Jefri di talian 017-3669174.

Harap ada yang membantu….

Baca: Hidup Susah Sampai Air Masak Pun Mintak Jiran

Susah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.