Walaupun kadang-kadang kita rasa macam kita susah dan kekurangan tapi sebenarnya masih ada lagi yang susah dari kita. Terkesan admin bila baca kisah yang dikongsi oleh individu bernama Asma di Facebook ini.
Kisah ni menceritakan tentang sebuah keluarga yang hidup dalam keadaan daif sampai nak minum air masak pun kena minta ihsan jiran.Difahamkan keluarga ini hidup serba kekurangan di rumah mereka yang terletak di Cheras.
Lepas Asma berjumpa dengan keluarga ni, dorang berbincang ingin buka kedai burger jika ada rezeki dan modal. Yang kesiannya, dorang terpaksa jual peti ais milik arwah ayah dorang sebab nak baiki motor yang rosak dah lama tersadai.
Asma yang digelar sebagai ustazah ini didekati oleh salah seorang jiran mangsa dan meminta bantuannya. Jiran ini berharap agar keluarga susah tu dapat dibantu kerana dia kesian melihatkan dua anak kecil itu hidup kesusahan.
Sebabkan bekalan air dorang dikunci kerana bil yang tertunggak, rumah keluarga tu kotor dan tak terjaga serta berbau. Jiran ni yang tumpang simpati kadang-kadang akan mengajak anak-anak kecil tu untuk mandi dan makan. Ada kala dia akan masak lebih untuk beri sedikit kepada jirannya itu. Alhamdulillah baiknya…
Rata-rata netizen terkesan dengan kisah sedih ini dan bersimpati dengan nasib dorang. Ramai yang cuba membantu dengan memberikan sumbangan berbentuk wang, makanan dan pakaian.
Ya Allah, sedihnya. Korang semua kena bersyukur sebab sebenarnya ramai lagi yang hidup susah dari korang.
Baca: Tinggal Kat Kedai Burger Je…