in

Ini 7 Tempat Dalam Malaysia Yang Pegang Rekod Dunia!

Untitled Design 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia merupakan negara unik penuh dengan tempat-tempat menarik serta memukau mata. Mana taknya, ada beberapa tempat di Malaysia seperti Cameron dan Genting Higlands famous di kalangan pelancong asing tau!


Bukan tu je, ada juga tempat di negara ni yang dapat rekod dunia! Tapi, korang tahu tak dekat mana? Tak apa, kalau tak tahu mari min bawakan korang ke lokasi tu.

1. Gunung Kinabalu

Via

Gunung di Sabah ni memang jadi hotspot para pelancong lagi-lagi untuk kumpulan pendaki. Selain atmosfera segar dan pemandangan alam sekitar yang indah, gunung ini juga memegang rekod laluan besi tertinggi di dunia!

Laluan yang dikenali juga sebagai via ferrata ini mempunyai ketinggian menembusi awan yang bermula daripada 3,200 hingga 3,776 meter dari aras laut. Ianya terletak di muka batu Panabalan di gunung itu. Bagi korang yang nak cuba daki, jangan risau sebab dorang ada jurutunjuk pakar yang akan bantu korang dari A sampai Z.

2. Putrajaya

Fer

Siapa sangka, Putrajaya yang dulunya sebuah tempat terpencil memiliki rekod dunia yang membanggakan. Namun, rekod yang dipegangnya agak unik kerana ia mempunyai roundabout paling besar di dunia!

Artikel berkaitan: Lari ‘Full Marathon’ Sambil Memakai Baju Melayu, Netizen Kagum Pelari Malaysia Cipta Rekod Di London

Bulatan yang bernama Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini memiliki kepanjangan sehingga 3.5 kilometer dengan 15 jalan keluar dan masuk. Kalau korang tertanya, dalam bulatan ni ada pelbagai binaan seperti Istana Melawati dan juga hotel lima bintang, Shangri-La.

Tapi, yang paling ikonik antara semua ialah Mercu Tanda Putra Perdana yang melambangkan permulaan Putrajaya dengan tema kemajuan teknologi dicampur unsur tradisional.

3. Gua Nasib Bagus

Se

 

Gua ini terletak di dalam Taman Negara Gunung Mulu yang juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Jadi, memang tak syak lagi taman yang hijau serta penuh hidupan liar ni mempunyai rekod dunia iaitu, ruang gua paling besar!

Panjangnya berukuran kira-kira 700 meter dengan lebar puratanya berjumlah 300 meter. Manakala ruang kawasan permukaannya mempunyai keluasan 154,530 meter persegi. Dengan ketinggian sekurang-kurangnya 230 kaki, ia dikatakan boleh memuatkan lapan jet jumbo 747 yang merupakan antara kapal terbang terbesar pernah dicipta.

4. Kuala Lumpur

Gyu

Masa travel je mesti korang suka tangkap gambar pakai mode panorama kan? Walaupun ia agak susah digunakan tapi, Malaysia ada pegang rekod gambar panorama paling terbesar tau!

Pada 2015, Tan Sri Paduka Dr. Lim Kok Wing telah mengambil gambar Kuala Lumpur yang mempunyai sejumlah 846.07 gigapiksel. Menariknya, beliau telah menggabungkan lebih 31,000 gambar individual yang berasingan ke dalam satu imej panorama. Memang, cayalah!

Artikel berkaitan: Hebat! 685 Spider-Man Berhimpun Untuk Pecahkan Rekod Dunia Guinness

5. Berjaya Times Square

Ber

Korang jangan terkejut sebab bangunan yang dibuka pada Oktober 2003 ni bukan ada satu, tapi tiga rekod dunia tau! Pertama, ia memegang rekod bangunan bervariasi terbesar dengan hotel, pusat beli-belah dan taman tema berada di bawah satu bumbung.

Selain itu, ia juga mempunyai tangga muzik terbesar yang mempunyai 16 anak tangga seakan papan kekunci piano yang mengeluarkan bunyi bila dipijak. Bukan tu je, ia juga berjaya membina vending machine capsule terbesar di dunia sempena ulang tahun ke-10 tempat ini.

6. ESCAPE Pulau Pinang

Gggggg

Main gelongsor air ni memang tarikan utama bila pergi ke taman tema lagi-lagi di ESCAPE, Pulau Pinang ni. Kalau korang datang sini, confirm mesti puas punya sebab ia ada gelongsor air terpanjang di dunia!

Kalau gelongsor yang lain, ia mengambil purata 30 saat untuk sampai ke bawah tapi, gelongsor sepanjang 1.1 kilometer ni mengambil masa selama tiga hingga empat minit tau! Memang syok, gila!

7. Lembah Danum

Pokok

Seperti korang tahu, Sabah ni terkenal dengan kecantikan flora dan fauna seperti bunga Rafflesia dan burung enggang. Namun, ia juga famous dengan rekod pokok tropika hidup tertinggi di dunia!

Pokok meranti kuning ini ditemui pada 2019 dan mempunyai ketinggian terkini iaitu 100.8 meter. Malah, pokok ni juga lebih tinggi daripada binaan yang dicipta seperti Statue of Liberty yang hanya berketinggian 93 meter je.

Walaupun begitu, Lembah Danum ni memang banyak dengan pokok-pokok yang tinggi lampai. Oleh itu, para pengkaji percaya ada pokok yang lagi tinggi daripada pokok meranti ini di lembah itu.

Sumber: YouTube 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.