in

Ini 4 Bantuan Yang Malaysia Pernah Hulurkan Kepada Palestin

Untitled Design 3 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang kita tahu, pergolakan antara Palestin dan Israel telah mendapat perhatian dunia masa kini. Ini kerana pertarungan yang berlarutan selama bertahun tu masih tidak menemui titik penamat.


Pun begitu, ada negara yang bertindak sebagai pengaman bagi membantu mangsa-mangsa peperangan dalam keperluan asas. Malaysia juga antara salah satunya yang tidak putus-putus dalam memberikan pelbagai bantuan kepada rakyat Palestin.

1. Tabung keamanan

Poster Tabung Palestin

Memang banyak organisasi di Malaysia ni yang dah tubuhkan tabung keamanan seperti baru-baru ni, Media Prima Berhad telah aktifkan semula Tabung Kemanusiaan Palestin susulan krisis yang berlaku di sana.

Ia bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan dari orang ramai bago membiayai aktiviti bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dalam zon konflik. Ia juga merupakan inisiatif yang mudah untuk rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sama ada dari segi pakaian, perubatan ataupun kewangan.

Selain tu, Global Peace Mission (GPM), Malaysian Relief Agency (MRA) dan Wisma Putra turut melaksanakan tabung-tabung keamanan ni. Kalau korang nak menyumbang, korang boleh lawat laman web organisasi tempatan ni.

2. Sumbangan kerajaan

Bhlestin 1697094185

Kerajaan Malaysia juga turut komited membantu negara Islam tersebut dengan sumbangan yang agak banyak sebenarnya. Seperti baru-baru ini, Menteri Luar, Datuk Sri Dr Zambry Abd Kadir telah menyerahkan sumbangan RM1 juta kepada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali di Parlimen.

Sumbangan tu disalurkan ke dalam tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang khusus bagi membantu rakyat Palestin ketika krisis ini. Sebelum ini juga, Malaysia pernah menyumbang RM5 juta untuk membina semula Klinik Al-Rimal yang dihancurkan Israel.

Kalau korang nak tahu, klinik tu adalah satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Palestin ketika dunia dilanda wabak itu. Ia juga menempatkan ibu pejabat Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza.

3. Khidmat kesukarelawanan

Khidmat

Malaysia pun tidak henti-henti menghantar para sukarelawan ke bumi Palestin. Sebagai contoh, pada 2012, seramai 58 anggota sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) telah dihantar ke Palestin bagi menyalurkan bantuan kepada rakyatnya.

Kelab ini merupakan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bukan sahaja memberikan bantuan di luar negara, malah di dalam negara juga. Bukan itu sahaja, organisasi seperti Aman Palestin, Yayasan Amal Malaysia dan Muslim Care turut aktif memberi bantuan kepada warga Palestin.

4. Program latihan

Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima 1625198114

Walaupun di tengah krisis, namun Malaysia merupakan negara yang mementingkan tenaga pakar dalam kalangan rakyat Palestin. Buktinya, MRA pernah laksanakan Program Latihan Doktor Gaza Palestin pada tahun 2021 yang dibiayai sepenuhnya oleh organisasi ini.

Namun, sebelum itu lagi, agensi ni dah pun mula adakan program ni pada 2013 dan 2014. Ia bertujuan melatih doktor pakar dari Palestin untuk memberi khidmat perubatan di negara mereka.

Di samping itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan program latihan penyiasatan dan pendakwaan khusus untuk 19 pegawai Palestin bagi memerangi rasuah dalam negara mereka.

Akhir sekali, kerjasama Malaysia dan Jepun telah menolong beberapa warga Palestin menjalani latihan dalam bidang penternakan dan pertanian pada tahun 2012 dan 2014.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.