Bila korang pergi bercuti, korang mestilah nak rasa selamatkan? Lagi-lagi kalau kita travel solo atau pun untuk perempuan yang nak buat all girls trip.
Jadi, setiap tahun Indeks Keamanan Global (GPI) akan mengeluarkan senarai negara paling selamat di dunia yang dikumpulkan oleh Institusi Ekonomi dan Keamanan bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui tahap keselamatan sesebuah negara.
Kalau korang nak tahu, GPI ni akan meletakkan kedudukan sesebuah negara itu selepas mengambil kira banyak faktor termasuklah jumlah jenayah, populasi penjara serta konflik antarabangsa.
Artikel berkaitan: Malaysia Negara Kedua Paling Tak Selamat Untuk Golongan Transgender – Kajian
Artikel berkaitan: Ini 9 Fakta Mengejutkan & Tak Masuk Akal Tentang Korea Utara, Negara Paling Berahsia Dalam Dunia!
Jadi kalau korang nak tahu, negara yang berjaya menyandang tempat pertama sebagai negara paling selamat tahun 2023 ini adalah Iceland. Kalau korang memang ikut senarai GPI ni setiap tahun korang memang takkan terkejut bila nampak Iceland ni jadi negara nombor 1. Ini kerana, sejak dari tahun 2008, Iceland telah berjaya menyandang tempat pertama ekoran kadar jenayah yang rendah serta perbenlanjaan ketenteraan dan konflik antarabangsa yang rendah.
Negara kedua paling selamat pula merupakan Denmark, ini kerana mereka mempunyai kadar rasuah dalam kerajaan yang rendah. Manakala tempat ketiga pula disandang oleh Ireland yang telah berjaya naik lima tempat berbanding tahun 2022.
10 negara paling selamat di dunia tahun 2023
- Iceland
- Denmark
- Ireland
- New Zealand
- Austria
- Singapura
- Portugal
- Slovenia
- Jepun
- Switzerland
Daripada senarai dekat atas ni, korang boleh tengok yang Singapura merupakan negara paling selamat di Asia diikuti oleh Jepun. Malaysia pula berada di tangga ke-19 serta merupakan negara keempat paling selamat di Asia selepas Bhutan yang menduduki tangga ke-17 secara keseluruhan.
Pemenang keseluruhan: Finland
Menurut organisasi GPI, walaupun Iceland merupakan negara nombor satu berdasarkan penilaian keseluruhan, Finland merupakan negara paling selamat di dunia dan layak diberikan perhatian yang khusus sebagai negara paling menarik, selamat dan menggembirakan di dunia tahun ini.
Berdasarkan penilaian seperti bilangan jenayah pembunuhan per 100,000 orang serta bilangan orang di dalam penjara, Finland dikategorikan sebagai negara paling selamat dan paling terjamin di seluruh dunia diikuti oleh Jepun, Iceland, Singapura dan Norway.
Berbeza dengan kedudukan di atas, Iceland telah diberikan tempat pertama sebagai negara paling selamat selepas mengambil kira mengenai konflik berterusan serta ketenteraan dan menjadikan ia negara paling selamat berdasarkan kategori keseluruhan.
Negara mana pula paling berbahaya?
Bila ada negara yang paling selamat, mestilah ada negara yang paling berbahayakan? Kebanyakan negara-negara ini dikategorikan sebagai negara yang tidak selamat ekoran sedang berperang, mempunyai keganasan yang tinggi serta politik yang tidak stabil.
Konflik berterusan seperti perang sivil di Sudan serta situasi yang berlaku di Iraq boleh menyebabkan ketidakstabilan yang berterusan. Jadi, menurut GPI, dekat bawah ni merupakan 10 negara yang paling berbahaya di dunia pada tahun 2023.
- Afghanistan
- Yemen
- Syria
- Rusia
- Sudan Selatan
- Republik Demokratik Congo
- Iraq
- Somalia
- Republik Pusat Afrika
- Sudan
Sumber: GPI