in

Malaysia Negara Kedua Paling Tak Selamat Untuk Golongan Transgender – Kajian

Transgender Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malaysia merupakan negara kedua terburuk di dunia dalam hal hak kebebasan transgender menurut Global Trans Right Index yang dikeluarkan baru-baru ini.


Dalam kajian itu, Malaysia diberi markah -105 dan gred F dengan komen bahawa golongan trans menghadapi pelbagai dugaan di negara ini.

Lebih mengeruhkan keadaan, kajian itu memberitahu golongan tersebut di negara ini menjadi sasaran polis dan kajian ini dilakukan oleh pasangan penyelidik Asher dan Lyric Fergusson dalam laman web pelancongan mereka.

Cats 37

“Malaysia, Arab Saudi, Malawi, dan Emiriah Arab Bersatu adalah negara yang paling teruk bagi golongan trans.

Tiada satu pun daripada mereka memberikan perlindungan ketika bekerja serta didiskriminasi dan ‘berpakaian silang’ (cross dressing) adalah satu jenayah dengan penalti serta penjara di lapan daripada 10 negara paling teruk (untuk transgender),” kata kajian itu.

Dalam senarai itu, Guyana diletakkan sebagai negara yang paling teruk bagi golongan itu kerana banyak pembunuhan golongan tersebut berlaku.

Negara jiran bagaimanapun berada jauh di atas dengan Thailand berada di kedudukan 66 daripada 203 negara, Singapura di 109, Indonesia (115) dan Brunei (192).

Difahamkan, lima negara terbaik untuk komuniti transgender ialah Malta, Portugal, Kanada, Sweden dan Bolivia.

Baca: Atlet Transgender Dilarang Sertai Acara Sukan Wanita & Badan Olahraga Dunia

Atlet Transgender

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.