in ,

“Ingatkan orang Malaysia je degil” – Kena Perintah Berkurung, Rakyat Britain ‘Buat Bodoh’ Tetap Bersesak Dalam Train

Britain telah mengumumkan perintah berkurung selama 3 minggu, mulai 23 Mac 2020 dalam usaha memperlahankan penularan jangkitan Covid-19 baru. Menurut Harian Metro, keputusan itu seiring amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengenai ancaman wabak tersebut di seluruh dunia.

Selalunya beberapa hari ini kita nampak kedegilan segelintir rakyat Malaysia yang ingkar dengan arahan kerajaan kan? Rupanya, rakyat di sana juga sama! Viral di media sosial menunjukkan keadaan di London Tube yang dipenuhi orang ramai dan gerabak keretapi juga dilihat padat dengan penumpang.

Menurut Mirror, tidak semua rakyat Britain yang patuh dan suasana itu membuktikan masih ramai yang memilih untuk tidak mengendahkan arahan kerajaan mereka.

Dalam beberapa gambar yang viral, orang ramai dilihat bersesak di dalam koc keretapi di mana bukan saja tempat duduk penuh malah ramai yang berdiri dan berlaga bahu ke bahu.

Perkara itu telah mendapat perhatian Ketua Bandar London, Sadiq Khan yang meminta semua mematuhi arahan kerja. Sebagai contoh, majikan digalakkan untuk membenarkan staf bekerja dari rumah jika tiada keperluan. 

Selain itu, orang ramai juga diseru untuk tidak menggunakan pengangkutan awam jika mahu ke mana-mana jika tiada kepentingan. 

Tak faham kenapa susah sangat nak dengar simple instruction. Padahal untuk kebaikan kot!

Baca: “Dia ni super spreader” – Kronologi Bagaimana Covid-19 Merebak Secara Drastik Di Itali Sampai Lebih 6K Kematian & 64K Positif

Sumber: Mirror
Sumber: Mirror