in

“Ingatkan main-main” – Lelaki ‘Anti Buat Kerja Rumah’ Patah Kaki Lepas Tolong Tunang Mengemas

Patah Kaki Kemas Rumah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mengemas rumah bukanlah sesuatu aktiviti yang digemari ramai dan kadangkala ada yang cipta macam-macam alasan semata untuk mengelak daripada kena buat kerja rumah.


House Cleaning E1637468021439
Gambar hiasan

Seorang lelaki di Wales ini juga tergolong dalam golongan ini. Menurut tunangnya, lelaki berkenaan memang boleh dikatakan anti buat kerja rumah dan akan sedaya-upaya cuba untuk mengelak daripada kena buat apa-apa tugas mengemas.

Pun begitu, tunangnya berjaya memujuk lelaki itu untuk membantunya mengemas namun, tak berapa lama selepas itu, lelaki berkenaan terjatuh tangga semasa sedang menggunakan vakum sehingga mengakibatkan dua tulang di kakinya patah.

0 Emb Swns Vacuum Fall 004 E1637467936665

Portal Mirror melaporkan, Nathan Marsh, 26, dijadualkan bakal mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Bethan Lewis Watling, 24. Disebabkan itu, Bethan membuat keputusan untuk membantu Nathan mencapai bentuk badan ideal dengan membuat kerja-kerja rumah. Difahamkan, pasangan ini dah dua tahun tinggal bersama.

Sebelum kejadian pada bulan Ogos itu berlaku, Bethan telah meminta Nathan untuk memvakum ruangan tingkat dua rumah mereka. Walaupun keberatan, lelaki terbabit buat juga seperti apa yang disuruh namun, tak berapa lama selepas itu, Bethan terdengar bunyi kuat dan Nathan yang menjerit kesakitan.

“Pada mulanya, saya ingat dia main-main dan hanya buat alasan supaya tak disuruh kemas rumah lagi,” terang Bethan.

0 Emb Swns Vacuum Fall 003 E1637467961227

Bagaimanapun, Bethan akhirnya menyedari tunangnya itu bukan berlakon tapi memang benar-benar cedera dan segera dikejarkan ke Royal Glamorgan Hospital dimana doktor mengesahkan dia patah dua tulang di kaki akibat terjatuh dari tangga semasa sedang memvakum.

Difahamkan, Bethan dan Nathan masing-masing menganggur dan Bethan pula kini sedang belajar di sebuah kolej tempatan.

Central Vac Orig E1637468097910
Gambar hiasan

“Saya ada beritahu dia (Nathan) supaya berhati-hati supaya tak tersadung dek wayar vakum. Tak sangka pula begini jadinya. Tapi, Nathan tetap kena buat kerja rumah bila sudah sembuh nanti,” kata Bethan.

Difahamkan, Nathan kini sudah pulih sepenuhnya selepas insiden berkenaan. Walaupun gembira kerana tidak mengalami apa-apa kecederaan lain yang lebih parah, lelaki itu memberitahu tunangnya sudah menyiapkan satu senarai tugas mengemas yang perlu dilengkapkan lelaki.

 

Sumber: Mirror

Baca: “Siap pergi balai tu!” – Remaja Dakwa Jadi Buruh Kanak-Kanak Lepas Ayah Suruh Tolong Kemas Rumah

Obsess Game E1637467062875

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.