“Ingatkan bergurau”- [VIDEO] Cikgu Tanya Kenapa Tak Masuk Kelas, Pelajar Kata Sebab Tolong Kambing Bersalin

Tambah ke Sumber Pilihan
“Ingatkan bergurau”- [VIDEO] Cikgu Tanya Kenapa Tak Masuk Kelas, Pelajar Kata Sebab Tolong Kambing Bersalin

Situasi pandemik di negara kita ini masih tidak menunjukkan penurunan, so, kelas-kelas pembelajaran pun terpaksa dibuat secara online sahaja. Tapi bila buat kelas online, rata-rata pensyarah dan pelajar terpaksa menghadapi dugaan dan cabaran berbanding kalau kelas secara fizikal atau ‘face to face’.

Situasi yang sama dilalui oleh seorang pelajar bila dia tak sempat nak masuk kelas online dengan alasan yang korang pun tak expect tau.


Ingatkan dia bergurau

Biasanya kalau pelajar tak masuk kelas, diorang akan bagi alasan macam tak sihat, ada urusan keluarga atau ada hal kecemasan. Tapi, lain pula dengan seorang pelajar ini bila dia bagitahu yang dia tak dapat masuk kelas sebab terpaksa uruskan kambing peliharaannya bersalin.

Kisah yang dikongsikan oleh cahhhhhhh_6 di Tiktok ini bermula apabila pensyarah dia suruh isi nama siapa yang tak masuk kelas online sebelum itu dan diminta untuk beri alasan yang kukuh juga.

Pelajar itu pun jawab dengan jujur yang dia tak masuk kelas sebab tolong kambing peliharaan dia bersalin di kandang tapi pensyarah dia ingat yang dia cuma bergurau sahaja.

Seakan-akan tak percaya dengan alasan tersebut, pensyarah tersebut minta pelajar itu untuk hantar ‘selfie’ dengan anak kambing tersebut sebagai bukti pada esok hari.

“Sila send selfie anda bersama anak kambing tersebut esok.”

SelfieSumber: Tiktok

Alasan rare yang jarang didengar

Melihat di ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen terhibur melihat kisah pelajar tersebut dan memuji sikap dia yang jujur dengan pensyarah walaupun alasan yang dia bagi itu boleh dikatakan agak ‘rare’.

Whatsapp Image 2021 06 28 At 11.46.52 AmSumber: Tiktok

Whatsapp Image 2021 06 28 At 11.46.40 AmSumber: Tiktok

Memang lain macam alasan dia ni. Tapi memang terbaik la dia tolong kambing bersalin. Kalau kita tu, cuma boleh tengok jela kot sebab tak tahu nak buat apa kan.

Sumber: cahhhhhhh_6

Baca:”Malu gilaaa”- [VIDEO] Padah Lupa Tutup Mic Waktu Kelas Online, Pensyarah Terkejut Pelajar Jerit Suruh Diam

Capture 67

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Farahin Fadzil
Lagi tulisan Farahin
Kalau orang ajak berjalan memang tak pernah tolak la sebab memang kaki merayap! Sejenis yang gelak macam orang semput tapi bercakap macam ada microphone dalam mulut. Terlalu obses dengan #independentwoman .

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Ingatkan bergurau”- [VIDEO] Cikgu Tanya Kenapa Tak Masuk Kelas, Pelajar Kata Sebab Tolong Kambing Bersalin
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/ingatkan-bergurau-video-cikgu-tanya-kenapa-tak-masuk-kelas-pelajar-kata-sebab-tolong-kambing-bersalin/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM