Satu pasangan yang tiada ikatan sah kantoi mengingkari perintah lockdown di Indonesia dan keluar rumah untuk ‘bersama’. Menurut Tagar.id, pasangan dari Aceh itu telah ditangkap khalwat oleh pihak berkuasa di ‘hotel’ dekat Pidie pada waktu subuh.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam Jabatan Polis Pidie, Inspektor Bustami Said berkata penduduk setempat telah menyerahkan pasangan itu selepas menangkap mereka di sebuah rumah kedai.
Lelaki itu masukkan motor ke dalam rumah kedai untuk disembunyikan supaya tidak diketahui penduduk padahal mereka sudah mengintai dari awal sejak dia datang.”
Lelaki berusia 48 tahun dan wanita itu kedua-duanya merupakan penduduk di salah satu daerah di wilayah Pidie, Aceh. Lebih memalukan, wanita berusia 41 tahun itu dilaporkan sudah berkahwin dan suaminya tiada di rumah ketika kejadian berlaku.
Mereka diserbu penduduk ketika sedang berdua-duaan di dalam rumah kedai tersebut padahal suami wanita itu baru keluar.”
Penduduk menyerbu kira-kira jam 4 pagi namun pasangan itu enggan membuka pintu sehingga mereka terpaksa merempuh. Kedua-duanya masih berpakaian lengkap ketika ditahan. Mereka kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Aceh merupakan satu-satunya negeri di Indonesia yang melaksanakan hukum hudud.