in

“Ingat superhero ke boleh lompat sana sini” – Cubaan Lelaki Ini Untuk Larikan Diri Akhirnya Terima Padah

Feature Image Lelaki Terjun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pernah tengok tak filem aksi yang melibatkan penjenayah yang cuba melarikan diri dari pihak polis bagi mengelakkan dari ditangkap?


Haa kali ni admin share story yang seakan akan dalam movie.

Baru-baru ni, terdapat kejadian di mana seorang suspek telah membuat percubaan untuk meloloskan diri dari mahkamah.

Lelaki itu dikatakan meloloskan diri dengan terjun dari tingkat tiga Kompleks Mahkamah Johor Bahru, yang membawa padah apabila patah paha kanan, pergelangan tangan kanan dan retak rahang kanan.

Menurut hmetro, suspek yang berusia 30 tahun itu dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman berhubung kes samun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 12.15 tengah hari.

Katanya, Pusat Kawalan Johor Bahru Selatan, menerima maklumat berkenaan orang kena tuduh (OKT) cuba melarikan diri daripada tahanan dengan terjun daripada tingkat tiga bangunan mahkamah.

Menurutnya, ketika kejadian OKT dibawa ke bilik reman di tingkat tiga mahkamah untuk permohonan lanjut reman bersabit kes samun.

“Ketika proses bacaan reman berjalan, tangkapan dalam ruang reman OKT lelaki di bahagian tengah, sedang duduk sementara menunggu giliran untuk bacaan permohonan reman.

“Tangkapan meloloskan diri dengan cara melucutkan gari dari pergelangan tangannya dengan paksaan dan terus keluar melalui tingkap mahkamah,” katanya dalam kenyataan di Johor Bahru, hari ini.

Suspek dikatakan telah berlari ke hujung bangun sebelum nekad membuat keputusan untuk terjun bagi meloloskan diri.

India Terjun 2
Sumber: facebook

Katanya, suspek berjaya ditangkap oleh anggota pengiring di tingkat bawah mahkamah dan kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk mendapatkan rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 223 Kanun Keseksaan.S uspek yang beralamat di Pangsapuri PPR Hicom, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor, mempunyai rekod jenayah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983.

Amboi betul-betul macam dalam filem ni. Hmm akhirnya tak dapat lari, dapat sakit je.

 

Baca: Kantoi ‘Berasmaradana’ Dalam Kereta, Pelajar Pecut Kenderaan Sampai Masuk Longkang Akibat Takut Ditahan Polis!

Longkang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.