Ramai netizen di Twitter menyampah dan marah dengan sikap segelintir penduduk kawasan elit di Mont Kiara kerana kesombongan mereka yang langsung tidak mempedulikan arahan perintah kawalan pergerakan dari kerajaan.
Sehingga trending di Twitter, beberapa gambar viral di media sosial menunjukkan penduduk Mont Kiara keluar dari rumah lagak seperti tiada apa yang berlaku. Kebanyakan daripada mereka keluar untuk jogging di sekitar kawasan penempatan itu dan ada juga yang dilihat keluar dengan keluarga di tempat awam.
Within a min, at least 10 persons jogging and 3 others cycling along Jalan Duta Kiara…! What is happening here ! #StayAtHome #StayHomeStaySafe @MKNJPM @MINDEFMalaysia @PDRMsia pic.twitter.com/k0lpTAfrmV
— Average Joe (@elzalyff) March 23, 2020
Padahal dah berkali-kali kerajaan mengingatkan hingga Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri terpaksa buat siaran langsung semata-mata untuk merayu rakyat agar duduk di rumah. Polis dan tentera juga kini dikerah untuk memastikan arahan itu dipatuhi penduduk di Malaysia namun masih ada yang ingkar termasuklah golongan elit di Mont Kiara.
Disebabkan itu ramai netizen persoal mengapa mereka ini boleh ‘bebas’ seperti biasa dan kelibat pihak berkuasa juga tidak dilihat di sekitar kawasan berkenaan.
Mont Kiara takde polis ke?”
Mont Kiara takde polis ke? pic.twitter.com/SvB5CtQhvd
— Den (@abbakadabbra) March 25, 2020
In case golongan T20 Bangsa Jogging Mont Kiara tak faham, aku tweet dalam English pulak
“When Muhyiddin starts to speak in English, obviously he dedicates the message to Bangsa Jogging-Mont Kiara T20 Group”
— IkimHassan (@IkimHassan) March 25, 2020
Ada juga yang perli di Twitter bahawa golongan elit ini hidup mewah boleh beli kereta dan rumah banglo namun ‘tak mampu’ untuk beli ‘treadmill’. Sebaliknya, mereka nampak macam ‘tak boleh hidup’ tanpa keluar rumah untuk bersenam.
https://twitter.com/pahanajasemin/status/1242992680948207616
Nobody
Absolutely nobody #MontKiara joggers pic.twitter.com/35kvCrO4Xy— Ameer (@ameeero88) March 26, 2020
Dear the people of Mont Kiara, I know you are rich af but once you kena COVID19, you must get a treatment at government hospital where it's a hell place for people like you. https://t.co/hngOpkaWM6
— Shammy (@SirShammmmy) March 25, 2020
PLEASE PLEASE PLEASE DUDUK RUMAH YE SEMUA!
Baca: “Solat tarawih macam mana pulak?” – Kerajaan Negeri Sembilan Batalkan Bazar Ramadan Tahun Ini