in

“Ingat isteri tu hamba ke? – Suami Cukur Kepala Isteri Sebab Bengang Jumpa Rambut Dalam Sarapan

Collage 29

Berapa kali masa korang makan, korang terjumpa rambut dalam makanan? Paling-paling pun korang buang rambut tu atau stop makan kalau geli sangat kan?

Tapi, untuk lelaki dari Bangladesh ni lain pulak. Dia terjumpa SEHELAI rambut dalam sarapan yang disediakan oleh isterinya dan cukur kepala wanita malang ni sebagai hukuman.

Menurut NST, ekoran dari tindakannya ini, pihak polis telah menyerbu rumah lelaki bernama Bablu Mondal ini selepas mendapat laporan dari penduduk kampung mengenai insiden ini.

Ketua polis tempatan, Shahriar Khan berkata lelaki ini menyalahkan isterinya selepas dia jumpa rambut di dalam nasi dan susu yang isterinya sediakan untuk sarapan.

0 Resto4
Gambar hiasan

“Dia jumpa rambut manusia dalam nasi dan susu yang isterinya sediakan untuk sarapan.”

Disebabkan itu, lelaki ni jadi marah dan salahkan isterinya sebelum dia ambil pisau dan cukur kepala isterinya.”

Bablu telah didakwa dengan kesalahan “dengan sengaja menyebabkan cedera parah”, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun terhadap isterinya yang berusia 23 tahun.

Aktivis di sana mengatakan insiden ini merupakan highlight kepada kes penindasan wanita yang masih berlaku walaupun undang-undang untuk melindungi wanita dari didera secara fizikal dan seksual.

 

Baca: Kena Dera Mental Dan Fizikal, Suami Takut Dengan Isteri Sampai Tidur Dalam Kereta

Screenshot 2019 10 09 At 3.31.10 Pm