in

“Ingat BTS boleh bawa masuk syurga kot” – ARMY Mengamuk Gambar BTS Diedit Botak, Tapi Kena Hentam Balik

Featured 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut pasal group Kpop BTS, memang ramai yang tau tentang ‘kepopularan’ kumpulan kpop ni, bukan itu sahaja mesti ramai juga tau yang BTS ni mempunyai peminat yang cukup fanatik atau dipanggil ARMY.


Yang tak sedapnya, baru-baru ni kecoh di twitter bila geng ARMY mengamuk dekat sorang brader lepas brader ni post gambar ahli BTS dalam keadaan botak.

Oppa botak!

Mengikut cerita, bangman atau @aimansalim_ ni memang tengah botak so dia pun edit lah gambar V, Jungkook, Jimin, Suga, Jin, RM dan J-Hope berkeadaan botak dan up dekat twitter, just for fun.

Status
Sumber: twitter

Posting yang dimuatnaik pada 15 Disember tu sehingga kini meraih 4.6k retweets dan 7.2k likes kat twitter.

Namun part paling best ialah, bangman ni teruk kena kecam and serang dengan ARMY sampai satu tahap dia dapat ni…

Dia siap dipanggil ‘racist‘, ‘xenophobic’, ‘close minded‘ dan macam-macam lagi lah! Paling best bangman di diminta buat solat istighfar (solat istighfar yer guys)…padahal niat nak fun jer.

Malah geng ARMY ni siap ajak ‘geng’ untuk report acc bangman ni sebab telah memalukan dan menjatuhkan nama baik BTS.

Tapi bangman ni tak cepat melatah sebab katanya dia memang minat dekat BTS, malah lagu BTS siap ada dalam spotify dia lagi.

Apa yang dibuat bukan bermaksud benci dengan BTS atau nak persendakan kumpulan kpop pujaan ramai tu”

Malah ramai yang menyokong bangman dan kata yang ARMY ni overprotective dan terlalu ‘memuja’ idol diorang tu.

5 4
Sumber: twitter

 

7 1
Sumber: twitter

 

Ntah lah, bagi penulis tak kisahlah kalau kita nak meminati artis ni cuma jangan lah sampai taksub sangat, betul tak?

Baca : Apa kes pula ni? Polis Tengah Buru Jung Kook BTS

Jungk

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.