“Income dia lagi masyuk” – Ramai ‘Cemburu’ Tengok Lelaki Ini Kira Duit Didakwa Hasil Mengemis

Tambah ke Sumber Pilihan
“Income dia lagi masyuk” – Ramai ‘Cemburu’ Tengok Lelaki Ini Kira Duit Didakwa Hasil Mengemis

Pasti ramai yang tahu bersedekah merupakan perbuatan yang terpuji kerana ia melatih diri kita untuk bersikap murah hati selain daripada mendapat pahala.

Akan tetapi kita perlu tahu dengan siapa kita mahu bersedekah. Kadang-kadang disebabkan rasa simpati yang tinggi, ada orang yang mengambil kesempatan terhadap kebaikan diri kita.


Hanya bermodalkan baju yang lusuh dan koyak di samping wajah yang sedih, pasti ada orang yang ringan tangan mendermakan wang ringgit walaupun hanya seringgit. Bukan itu sahaja, ada pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan sindiket pengemis di beberapa bandar besar seperti Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan Georgetown, Pulau Pinang.

Artikel berkaitan: Minta Derma Di Bazar Ramadan, Pengemis Kaut RM 500 Sehari Siap Boleh Tidur Hotel!

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pengemis Rohingya Nak Marah Bila Tak Dapat Makanan Free Daripada Peniaga

Video yang tular di media sosial X menunjukkan seorang lelaki sedang asyik mengira duit yang didakwa hasil daripada meminta sedekah. Dia yang duduk di kawasan bawah tangga itu pada mulanya mengeluarkan beberapa pek makanan segera daripada bungkusan kain batik.

Bb 9

Kemudian, lelaki itu mula menyusun dan mengira duit yang diperoleh mengikut not mata wang RM1, RM5 dan RM10. Setelah siap mengira jumlah wang yang diingini, dia terus menyimpan duit tersebut di dalam poket sebelum menyambung kira duit yang lain.

Perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen. Mereka beranggapan ‘kerja’ mengemis ini lebih banyak daripada bekerja setiap hari.

Bb 1 Bb 3 Bb 4

Sumber: X

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Alya Husna
Lagi tulisan Alya
Boleh makan ayam gepuk pedas level 3 sambil tulis artikel!

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Main pickleball di Tingkat 118? Pengalaman sekali seumur hidup bersama Geng Labur ASB!
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Saya sempat minta maaf pada mereka” – Abang Trauma, Rasa Bersalah 2 Adik Meninggal Dunia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Income dia lagi masyuk” – Ramai ‘Cemburu’ Tengok Lelaki Ini Kira Duit Didakwa Hasil Mengemis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/income-dia-lagi-masyuk-ramai-cemburu-tengok-lelaki-ini-kira-duit-didakwa-hasil-mengemis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM