in

“In the beninging versi menteri pertahanan” – Netizen Terhibur Lihat Ismail Sabri Tersasul Sebut PKPB

Ismail7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mungkin dah penat hari-hari sebut benda yang sama sampai jadi kelu lidah dah agaknya dekat Menteri (Kanan) Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ni.


Melihat beliau tersasul nak sebut PKPB ini buatkan ramai orang teringat dengan satu video yang pernah viral dulu.

 

In the beninging versi Menteri Pertahanan

Umumnya, Datuk Seri Ismail Sabri akan membuat sidang media harian berkenaan dengan PKPB, segala perkembangan terkini terhadap kes-kes yang melanggar arahan, kelonggaran baru juga akan diketahui menerusi sidang ini.

Tapi apa yang menarik perhatian netizen semalam, Datuk Seri Ismail Sabri ada tersasul sebut PKPB sehinggakan beliau sendiri tergelak kecil dan warganet mengingatkan ia kepada video in the beningging dulu.

Apa yang lebih melucukan lagi, juru bahasa isyarat pun jadi susah nak catch up sebab kena ikut bulat-bulat apa yang menteri itu katakan.

Sudah semestinya video yang meraih 19.9K retweets ini viral kerana warganet terhibur melihatnya dan bagi mereka nampak ‘comel’.

Namun begitu, ramai juga kesian dan sanjung beliau kerana begitu komited dalam menjalankan tugas dan membendung wabak Covid-19 ini.

 

Dia dah penat tu, kesian kat dia – Netizen

Ismail 3 Ismail2 Ismail3 Ismail4

Dalam masa yang sama ada pula yang mengingatkan video ini dekat satu video yang buatkan ramai netizen geli hati.

Bagaimanapun kami rakyat marhaen amat menghargai jasa Datuk Seri Ismail Sabri dan terima kasih kami ucapkan.

 

Baca : “Ada golongan kenamaan & bangsawan langgar SOP perayaan” – Wartawan Tanya Soalan ‘Padu’ Kepada Ismail Sabri Buat Netizen Terkedu

Sop Raya4 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.