Mempunyai kebolehan untuk bertutur lebih dari dua bahasa adalah suatu perkara yang boleh dibanggakan. Bukan semua orang ada kebolehan itu. Untuk yang tak ada tu, masih belum terlambat untuk mula belajar bahasa baru.
Macam para ibu dalam video hasil perkongsian @azlkhas di akaun Twitter miliknya. Biasanya para ibu ni selalu ada kelas mengaji, tapi kali ni lain sikit. Cuba korang tengok video dekat bawah ni.
comel gila mak aku ajar mandarin dekat makcik makcik 😹 pic.twitter.com/vx8WrBpjMz
— AINA (@zephyrzlk) October 4, 2019
Ilmu bagus ni
Admin tak nafikan, menguasai bahasa ketiga adalah suatu ilmu yang bagus. Nampak betul semangat ibu-ibu ni nak belajar bahasa mandarin. Semangat tu penting. Steady lah makcik!
Betul weh, mak admin dekat kampung pun macam ni. Pakai baju sama, tudung sama, memang seragam lah. Nak-nak lagi kalau kampung tu ada kenduri atau aktiviti sosial, memang geng mak-mak ni lah kedepan dulu. Macam mana nak kenal, tengok baju lah bro.
Oh macam tu ke? Ada lenggok gak bahasa mandarin ni. Minta maaf lah admin tak tahu. Dulu belajar Bahasa Jepun pun tak habis. Tengok anime pun kena tengok subtittle.
Admin pun terganggu gak dengan yang tukang rakam video ni. Tapi comel sebab ada interaksi dengan orang yang mengajar. Tak lah sorang ja yang mengajar ikut suka kan. Bagus lah macma tu. Admin harap semua yang hadir kelas ni dapat lah sedikit sebanyak belajar bahasa baru.