in

“Ikan bilis lembik, telur pucat lesi!” -Wanita Tak Puas Hati Hidangan Nasi Lemak British Airways, Bagi Rate 0/10

Featured Image Nasik Lemak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila korang selalu menggunakan perkhidmatan kapal terbang, mesti korang dah biasa kan dengan juadah dan hidangan makanan yang disediakan.


Kadang-kadang tu, nak tak nak korang terpaksa je hadap apa yang pramugari hidangkan. Tapi jarang lah hidangan tu tak kena dengan tekak dan selera orang ramai.

Baru-baru ni, kecoh dekat laman Twitter mengenai seorang wanita yang menyatakan bahawa dia kecewa dengan hidangan makanan yang diberikan kepadanya oleh syarikat penerbangan British Airways.

Wanita yan lebih dikenali sebagai @Katie Morley telah di hidangkan sebungkus juadah nasi lemak.

Namun, apa yang membuatkan dia kecewa, hidangan tersebut kelihatan tidak menyelerakan baginya. Hal ini kerana, ikan bilis dalam hidangan itu sudah menjadi lembik dan telur rebusnya pula kelihatan pucat lesi. Ish, cuba hidang elok sikit.

Eouykzbx4Aaaqmg
Sumber: twitter

Apa yang menambahkan lagi kemarahan Katie adalah kerana dia terpaksa menempuh penerbangan selama 13 jam perjalanan, lalu di hidangkan makanan seperti itu.

Mungkin itu adalah kali pertama Katie melihat nasi lemak. Jadi disebabkan itu dia menyangka nasi lemak merupakan hidangan yang teruk.

Bukan itu sahaja, Katie juga memberikan rate sebanyak 0/10 terhadap hidangan nasi lemak tersebut.

Namun, bukan semudah itu Katie melepaskan diri selepas dia menghentam teruk hidangan kegemaran rakyat Malaysia itu.

Ramai netizen dari Malaysia meninggalkan komen di tweetnya itu.

Boleh je pilih menu lain, kenapa pilih nasi lemak juga?

Koemn 4
Sumber: twitter

Sepatutnya ikan bilis tu rangup, kriuk kriuk.

Komen 1 1
Sumber: twitter

 

Komen 4
Sumber: twitter

Namun, setelah Katie dihentam teruk oleh netizen, dia telah memuat naik tweet lain yang bertujuan untuk memohon maaf diatas tindakannya itu. Tambahnya juga, dia percaya rupa dan rasa nasi lemak adalah jauh lagi sedap daripada yang British Airways hidangkan kepadanya.

Ada juga netizen Malaysia yang belanja gambar nasi lemak yang jauh kelihatan lebih menyelerakan dan lazat.

Eoantqouyamfagy
Sumber: twitter

Aduh, sebenarnya min pun terkejut juga tengok hidangan nasi lemak yang BA hidangkan tu. Mungkin lepas ni boleh improve.

 

Baca: “Mana ada plastik dalam nasi tu” – Lelaki Ini Perjelas Video Viral Kononnya Nasi Lemak Plastik, Tapi Rupanya…

Nl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.