in

“Ifa dah cuba sehabis baik” – Ifa Raziah Perjelas Bila Dikata Punca Noorshila Amin Tidak Berjaya Ke Final

Feature Image Gv 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gegaran rancangan program realiti tempatan Gegar Vaganza (GV) musim ke 6 masih terasa sehingga kini setelah 10 minggu berlangsung.


Semalam merupakan konsert semi final bagi rancangan tersebut dan hanya 6 orang sahaja yang layak masuk ke peringkat akhir bagi pertandingan itu.

Final
Sumber: instagram

Noorshila Amin dan Wann merupakan dua orang peserta yang disingkirkan malam tadi apabila markah yang diperolehi mereka tidak melayakkan diri untuk ke pentas akhir.

Persembahan malam tadi adalah berkonsepkan duet bersama bekas peserta GV 6 bagi musim sebelum ini dan persembahan solo.

Namun, satu tamparan hebat telah diterima oleh salah seorang artis jemputan yang dipanggil untuk berduet iaitu Ifa Raziah apabila dia dikatakan menjadi punca kepada penyingkiran Noorshila Amin. Eh biar betul?

Gv Semi
Sumber: instagram

Tidak terus berdiam diri, penyanyi Ifa Raziah telah membuat kenyataan di laman Instagram miliknya menjelaskan spekulasi sebenar yang timbul.

Dia turut dikatakan meniru gaya penyanyi wanita popular, Anita Sarawak ketika membuat persembahan bersama Noorshila Amin.

Ifa dah cuba sehabis baik untuk membantu kak Shila. Walaupun lagu ini ballad song. Maaf jika ada sedikit kelemahan dari vokal Ifa. Sejujurnya lagu ni memang susah untuk dinyanyikan. Tapi Ifa dah cuba yang terbaik. Ifa memang tak reti nak menyanyi sambil berdiri tegak. Walaupun nyanyi lagu slow, itu adalah gaya cara Ifa perform. Takde niat nak tiru gaya artis-artis lain. Itulah gaya Ifa tersendiri. “

Noorshila sepatutnya layak ke pentas final

Tambahnya lagi, Noorshila Amin adalah salah seorang peserta yang layak untuk ke final atas usahanya selama di pentas GV 6 dan pada pandangannya ada peserta yang sudah layak untuk ke final sebenarnya tidak layak di sebabkan vokal nyanyiannya.

“Pada pendapat Ifa, kak Shila memang layak ke Final GV6 smlm tetapi itu semua rezeki masing2.”

“Ada peserta GV6 yang Ifa rasa tak layak masuk ke final kalau nak diukur dari segi vokalnya & persembahannya yang kaku akan tetapi itu sudah menjadi rezeki dia so semua itu kita tak boleh dipertikaikan lagi keputusan adalah muktamad.” Katanya.

Efa
Sumber: instagram

Ifa turut meminta supaya netizen berhenti daripada menyalahkan dia yang menjadi penyebab kepada Noorshila Amin tidak layak ke final kerana baginya ia merupakan adat pertandingan, ada kalah dan menang.

“So janganlah nak menyalahkan Ifa hanya kerana kak Shila tak dpt mara ke final. Kita ni orang-orang industri dah tau permainan ni, dan kami redha dengan keputusan GV6 walaupun pedih untuk diterima. Adat bertandinglah, ada yg menang ada yg kalah.”

Bagi admin, kita doakan yang baik-baik sahajalah untuk mereka. Mungkin bukan rezeki Noorshila Amin untuk ke pentas final GV 6. Mungkin ada rezeki yang lebih banyak dekat luar sana lepas ni.

 

Baca: “Rindu gilerrr zaman Boboy!” – Selepas 12 Tahun Menyepi, Peminat Teruja Tengok Naqiu Dalam Gegar Vaganza

Lkj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.