Beyblade dah popular balik eh? Kalau korang perasan sejak dua menjak ni permainan Beyblade kembali popular. Ada sahaja cerita pasal Beyblade di media-media sosial termasuk cerita mak ayah kena ‘pow’ dengan anak yang nak beli Beyblade.
Namun cerita wanita ini di facebook pasal Beyblade sedikit berbeza.
Beyblade yang sepatutnya memberi keceriaan kepada anaknya bertukar menjadi kisah air mata apabila…
Ibu tak beli, di kata ibu kedekut.
Ibu tak beli, di kata ibu jahat.
Ibu tak beli, di kata ibu tak sayang.
Kalau bayblade ni tak de, mungkin benda ni tak jadi ?
Tengah aku baring-baring ,!si hafiy panggil ibu mai kejap tengok hadi. Bergetar tulang kaki aku tengok si hadi berlumuran darah. ( ni tisu aku dah tukar sebelum pi hospital hampir sekotak juga tisu ) Habis dia sorok tisu2 ade darah, risau aku marah ??♀️
Tak de mak tak sayang anak, sebab sayang aku tak beli (bapa pi beli) Tak nak benda macam ni jadi . Pisau baru virgin lagi diguna nya baiki bayblade dia yang jem ?
Selang berapa jam dia kat dalam dah selesai. Aku pulak masuk dalam kena tahan setengah jam sebab pengsan . Sudah jatuh ditimpa tangga ?
Liza share benda ni, supaya mommy-mommy alert ya. Bila sel-sel budak sedang berhubung, pisau pun diorang berani semata-mata nak baiki BAYBLADE .
Perkongsian wanita tersebut di facebook sehingga kini mendapat 4.6k likes dan 9.3k shares sejak ia dimuatnaik semalam. Meski ramai yang bersetuju dengan statement wanita tersebut, ada juga yang mengecam.
Sebaliknya mereka meletakkan kesalahan kepada ibu bapa yang lalai dalam menjaga anak masing-masing.
Pisau yang salah, kita hantar pisau ke mahkamah untuk berbicara
Jangan salahkan bayblade salahkan mak yg tak peka dan lalai jaga anak
Nak main tak salah tapi beringat-ingatlah yer anak-anak
Baca : Tak kelakar, kurang ajar Lelaki Dedah Perangai Biadap Individu Main-Main Dengan Surah Al Quran