in

Ibu Ikat & Bakar Tangan Anak Umur 6 Tahun Sebagai Denda Sebab Curi Gula-gula

Ft Bakar Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Sayangkan anak, tangan-tangankan”. Itulah ‘pepatah’ yang kerap kali ibu bapa gunakan apabila menghukum anak dengan tujuan untuk mendidik supaya anak-anak takut untuk melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.

Namun, ibu bapa perlu tahu, menghukum tidak semestinya dengan hanya memukul anak-anak dengan teruk sehingga mencederakan bukan sahaja fizikal malah emosi anak-anak.


Mendenda seperti melakukan kerja rumah juga boleh dipratikkan untuk ‘mengajar’ anak-anak supaya lebih berdisiplin dalam tingkah laku mereka. Denda dengan cara ‘berhemah’ ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan anak, malah anak juga tidak akan mempunyai rasa dendam atau hilang rasa hormat kepada ibu bapa setelah mereka dewasa kelak.

 

‘Kantoi’ curi gula-gula, bakar tangan anak

Bakar

Namun, lain pula bagi seorang ibu dari Bolivia ini. Dia dikatakan telah mendenda anaknya dengan cara yang agak ‘ekstrem’ iaitu dengan membakar tangan anaknya yang ‘kantoi’ mencuri gula-gula.

Memetik laporan Daily Star, kejadian berlaku di sebuah tempat di Alto K’ara K’ara di bandar Cochabamba, Bolivia selepas kanak-kanak perempuan itu dan adik perempuannya masing-masing berusia 6 dan 4 tahun mencuri beberapa gula-gula di sebuah kedai.

Pemilik kedai tersebut telah mengadu kepada ibu bapa kanak-kanak itu selepas mendapati adik-beradik itu mencuri gula-gula menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

 

Ikat tangan dengan jerami & bakar

Ibunya yang ‘berang’ dengan aduan itu terus sahaja menghukum kanak-kanak malang itu dengan mengikat kedua-dua belah tangannya dengan jerami sebelum membakarnya dengan tujuan untuk memberi ‘pengajaran’.

Bukan setakat si kakak, malah si adik juga dikatakan cuba dibakar tangannya oleh ibu mereka namun dia berjaya melarikan diri dari tempat kejadian setelah melihat keadaan kakaknya.

 

Kesan lecur tahap 2

Bakar Anak

Kanak-kanak malang itu mengalami kecederaan parah iaitu mengalami kesan lecur tahap 2 pada bahagian tangan dan lengannya. Dia kini dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil setelah menerima rawatan di sebuah hospital.

Walau bagaimanapun, dia masih perlu menjalani sebanyak 4 lagi pembedahan untuk memulihkan pergerakan anggota tangannya selain perlu menjalani khidmat psikologi yang berpunca dari insiden ‘ngeri’ itu.

 

Dibebaskan sebab hamil 6 bulan

Bakar Ibu

Susulan kejadian itu, ibu mangsa yang berusia 37 tahun itu telah ditahan oleh pihak polis berhubung kejadian itu namun dibebaskan gara-gara dia kini sedang hamil 6 bulan. Wanita itu perlu menunggu sehingga dia melahirkan anaknya sebelum dibicarakan di mahkamah.

Selain itu, bapa tiri mangsa yang berusia 32 tahun itu juga turut ditahan gara-gara hanya menyaksikan kejadian itu tanpa menghalang tindakan ‘kejam’ si isteri.

 

Hanya nak takutkan, janji nak dapatkan balik anak

Menurut si ibu, dia menyesal melakukan tindakan sedemikian terhadap anak-anaknya. Tujuannya adalah hanya untuk mengajar supaya mereka tidak mengambil hak orang lain tanpa keizinan.

Janjinya lagi,

Saya akan dapatkan anak-anak saya semula. Saya tak pernah terfikir akan berlaku seperti ini disebabkan saya hanya ingin menakutkan mereka (anak-anak) sahaja. 

Sayang anak sampai nak membunuh? 

Baca: “Kau tak layak bergelar ibu” – Dera Anak Tiri Umur 9 Tahun, Tekap Tangan Mangsa Dengan Pisau Panas

Baca Bakar

Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star
Sumber: Daily Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.