in

“Kau tak layak bergelar ibu”- Wanita Dera Anak Tiri Umur 9 Tahun, Tekap Tangan Mangsa Dengan Pisau Panas

Ft Dera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu dan bapa merupakan pelindung terutamanya buat kanak-kanak yang masih tidak mengenal dunia. Tapi lain pula kisahnya buat seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun ini.


Kanak-kanak tersebut disyaki telah didera oleh ibunya pada jam 3 petang Ahad lalu menggunakan pisau yang dipanaskan.

Susulan kejadian itu, kanak-kanak tersebut melecur di bahagian lengannya.

“Suspek yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang dipercayai mendera mangsa kerana tidak berpuas hati dengan perbuatan kanak-kanak itu yang dikatakan memukul adik tirinya semasa suspek dan suaminya tiada di rumah.- Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskon

Kalau iya pun nak mendidik, janganlah sampai mendera…

Menurut Deputi Superintendan Azari Miskon, kejadian berlaku di sebuah perumahan pekerja ladang di Muadzam Shah, Pahang namun mangsa hanya menceritakan perkara itu kepada gurunya kelmarin, lapor Berita Harian

“Sebagai hukuman, suspek dikatakan memanaskan pisau di dapur gas dan meletakkannya di lengan mangsa sehingga menyebabkan dua kesan lecur selain terdapat kesan lebam di dada serta kedua-dua paha mangsa,” 

Kejamnya, kita yang dah besar ni kalau melecur pun tak boleh tahan, ini kan lagi kanak-kanak…

Capture 3

Bagaimanapun pihak sekolah telah membawa kanak-kanak tersebut untuk menerima rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Chanis, serta membuat laporan polis.

Sejurus selepas kejadian, kanak-kanak ditempatkan sementara di Rumah Perlindungan Kanak-Kanak Sultanah Hajah Kalsum. Harap-harap adik tu dalam jagaan yang baiklah…

Malah pihak polis juga menemukan dua rekod lampau berkaitan dadah dan wanita tersebut akan direman di Mahkamah Majistret Rompin hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan

Orang ada yang susah nak dapat anak, sampai dekat mak dia ni main dera. Anak kan amanah, jaga la elok-elok…

 

Baca : Nasi basi, sepak terajang, mendadah depan anak [Video] Viral Wanita Berang Bekas Suami Hantar Rakaman Dera Anak

Capture 3 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.